#KBBA9 menyerang Legend Cherating Beach Resort , Pahang.

by - Jumaat, Ogos 18, 2017

Sejak aku kenal Cherating , Legend Cherating Beach Resort adalah hotel no 1 pilihan aku. Kenapa ? Hurmm.. Aku dah pernah cerita dalam entri aku yang lepas, Legend Cherating Beach Resort , destinasi percutian keluarga ...tapi dengarnya ada buat penambahbaikan.. tu tak sabar nak tengok apakah.. 
Dan Blogger Ben Ashaari , hari ni.. akan berkumpul untuk kali kedua tahun ini dan beriadah bersama sama ! Hari Keluarga !!! Best kan ? Yelah , asyik borak dalam whatsapp je.. pastu viral viral viral ! Haa.. Ni antara 'ganjaran'nya la.. 
Projek kali ni , aku rasa antara paling meriah. Hampir 30 blogger #KBBA9 join dan berkeluarga ! Haa.. mereka bawa keluarga yer.. bukan blogger je datang ! Takda la keluarga di rumah tu jadi tukang 'Like' gambar je nanti.. kan kan ? Hahaha.. sesekali tunjukkan pada mereka 'hasil' dari blog ni. 
Selama 3 hari 2 malam , kitorang akan berkampung di sini. 
Aktiviti aktiviti yang akan 'dilalui' nanti... memang menarik ! Nak tau ? Hehehe.. tungguuu... InshaAllah aku akan buat banyak live memandangkan aku punya data internet ada 100GB ! Hahahha..
Jangan lupa.. ikuti perkembangan kitorang di hastag rasmi.. dan juga Facebook aku yer. Ben Ashaari.

You May Also Like

10 comments