Satu , dua dan kini bertiga ! Empat ? Er...

by - Rabu, Ogos 16, 2017

Qhaliff cuti ari ni. Aktiviti petang yang menyihatkan aku ialah.. mandikan diorang dalam kolam , beramai ramai ! Satu cabaran bagi aku. Kenapa ? Sebab si kecik ni tak reti la nak duduk diam. Sememangnya mencabar jaga 3 orang sekali gus di samping mencari nafkah untuk keluarga .. walaupun di dalam rumah ! 
Zahra , walaupun baru je berparut di kening , lasaknya tak berubah ! Aku cukup risau ngan dia. Aktif dia lain skit. Macam anak lelaki tapi Qhaliff tidak la pulak. Huhu. Qhaliff ni , memang along punya perangai kot ? Jenis lebih suka berfikir dari guna tenaga. 
Aariz... hurmm... ni aku rasa dia paling besar dalam adik beradik dia ni. Tak sampai setahun , dah sibuk nak berjalan.. bukan bertatih dah... pegang sebelah tangan. Treadmill pon dah selamba je dia jalan.. tapi pegang tangan la.. 
Dan kesemuanya.. suka main air ! Tapi kolam mandi besar tak suka la pulak ! Adeh.. bawak gi water park , takut lak ! Hahahaha.. Maka, main air depan daddy jer la cuma Aariz , aku tak cuba lagi ! Nanti aku nak try kat Legend Hotel.
Punya la power besen ni.. dari seorang anak hingga 3 , masih kukuh ! Cuma dari segi keselamatan tu , takda la.. Bahaya gak wooo.. tak leh leka ! Nak tunjuk skill pon tak leh.. hurmm...

Rasanya nak cari kolam yang bersaiz mini untuk diorang walhal aku nak join sama  . Banyak kedai online jual cam Lazada tapi nak jumpa yang mudah urus tu payah. Nak bukak ok jer.. dah guna , nak simpan tu yang.. bercintanya lahaiii !
Cam ni ok ?
Atau..
Tapi.. aku tak leh la join sama ! Hahahaha.. Harganya ? RM185 jer.. Ok ? Murah ? Ke mahal ? Kualiti , aku tak pasti lagi.. tapi design menarik kan ? Hahaha...  Kalau ok , aku rasa amik yang ni je la kot. Nak besar besar pon , aku gak yang penat nanti ! Hahahah.. 
Ni baru 3 orang anak.. nak tambah sorang lagi ? Takda masalah.. kalau ada rezeki , inshaAllah... tambah anak , ok je.. jangan tambah bini eh ?

You May Also Like

3 comments

  1. Yg ada binatang tu mmg comel.....dulu jg anak buah pun mcm ni jg siap beli kolam last2 dgn Acunya skali mandi kolam..hahaha

    BalasPadam
  2. Comel je 3 beradik berendam dalam besen ya....betul,bab nak mengemas tu...bukan bercinta..muka sedih macam putus cinta..

    BalasPadam
  3. Muat² jer 3 orang dalam besen tu, hehehee! Memang daddy kena beli kolam besar ni, baru puas diaorg mandi.

    BalasPadam