Tipah betul betul tertipu ni !

by - Rabu, Ogos 23, 2017

Aku update status di Facebook... senyum simpul jap aku. Alhamdulillah.

Pastu di Low Yatt.. aku ke Samsung Centre lak.  Nak repair Samsung Tab S aku. Tak tau la pulak kena berapa kali ni... Huhuh.. Nampak beratus gak ni. Tak pe la.. nak guna punya pasal. Layanan dari staff Samsung pon tip top. Tak da isu aku utk viralkan hal mereka ! Terbaik ! Samsung dan Sony.
Kemudian aku pusing pusing jap. Carik screen protector untuk Sony Xperia XZ dan Premium aku. Tak sanggup nak beli original punya. Leh merangkak balik rumah aku. Hahahah.. Mahal tuuu ! Dua dua tu , leh cecah RM150. Kalau nak jimat , beli online je .. kan kan ? Tapi alang alang kat sini , cari la dulu. Kot leh jumpa murah punya.
Ternampak sesuatu yang aku nak cari sangat selama ni !! Haaaa.. terus tanya harga. Hurmm.. Mahalnya ! Tapi aku nak guna di New Zealand nanti. Aku malas nak bawak tripod besar besar ke sana.. 
RM79

RM10 
Barangan dari China. Patutlah diorang sana mudah jadi kaya raya ! Kos baru berapa je ! Aduhhhh.. Pastu aku masuk kedai depan dia. Kedai ni lebih besar dan teratur dari kedai sebelum tu. Aku ternampak la tripod aku beli ni.. RM59 !! Hah ????? Biar benar ???? Aku tengok betul betul.. Haishhh... takkan kot ? Aku kena kencing ke ni ??? Tapi yang untuk tempat letak phone tu , RM19 ! Eh , dia up kat situ lak.. Hurmm... pening jap.
Aku biar je la.. redha je la. Dah beli dah kan.. Maka jaga je la.. Ni tengah tunggu tab aku siap lak. Terlewat hantar.. abis waranti 2 bulan lepas. Kalau tau , confirm free ! 

You May Also Like

7 comments

  1. alahai kesiannya.. nasib baik kt shah alam ni ada kedai ustaz

    BalasPadam
  2. mcmna camera tripod tu..nampak pelik jer

    BalasPadam
  3. Huhuhu... sabar yolah!
    Bukan ke Tipah dah bijak.

    BalasPadam
  4. selalunya camtu la..

    dah beli, jalan ke depan sket or pusing2 sket..tuuuu... jumpa yg lg murah.. -_-'

    BalasPadam
  5. Pandai kedai ni letak harga, ada yang mahal ada yang murah. Jadi kitalah kena pandai survey!

    BalasPadam
  6. dekat low yat kena survey dulu, kalau pergi satu kedai je memang kena ketuk.

    BalasPadam