Sesekali berehat di Cherating , Pahang.

by - Isnin, Ogos 21, 2017

Dua hari aku tak update blog. Memang saja nak rehatkan jari jemari aku dari menekan keyboard dan juga memerah otak mengupdate blog. Saja je... heeee.. Dan ternyata memberi kesan positif pada diri sendiri. Di samping keluarga tercinta serta rakan blogger yang lain , riadah di Legend Cherating Beach Resort , Pahang hari tu benar benar meninggalkan kenangan manis buat blogger dan anak anak kecil yang join.

Banyak cerita , banyak kenangan.. dan segalanya manis. Aku yang selalu turun naik pantai timur , baru tau betapa banyaknya produk pelancongan serta tarikan yang terdapat di Cherating dan sekitarnya.. Tak abis nak pusing pon sebenarnya ! Masa benar benar mencemburi kitorang.. 

Cherating.. sejuta kenangan buat buat sejak aku ke situ buat pertama kali.. pada umur 18 tahun.. Camping bersama kawan kawan sekolah.. Memang best laaa ! Sejak tu aku jatuh cinta dengan Cherating ! Dan perasaan aku tu , aku turunkan pada anak anak aku.. biar diorang tau , di Malaysia ni saja ada banyak tempat menarik untuk diterokai.. Cuma sayangnya, tak banyak yang dapat diketengahkan ! 
InshaAllah.. aku akan kembali ke Cherating dan sekali lagi akan bermain dengan anak penyu serta menyusuri hutan paya bakau di Sungai Cherating dan juga menjenguk teman teman yang menjaga keindahan paya bakau.. si kelip kelip atau fire flies ! 

You May Also Like

6 comments

  1. seronoknya bila anum leh join

    BalasPadam
  2. memang best pengalaman bercuti di Cherating! InsyaAllah nak bawak family yang lain pula. memang best! terima kasih abang ben dan kbba9!

    BalasPadam
  3. next trip ajak lisa sekali yeeee hahaha

    BalasPadam
  4. wow menarik sangat cherating tu yer

    BalasPadam
  5. Memang best sangat, 3d2n rasa kejap je sebab padat dengan aktiviti. Memang terbaik Legend Cherating.

    BalasPadam
  6. Memang best dan sangat fun.. Thanks bagi peluang ini..

    BalasPadam