Mahal ke makan di Chak'Z @ Suria Mall , Putrajaya?

by - Ahad, Ogos 13, 2017

Wife cakap sedap makan sini. Dia dah pernah makan dengan kawan dia , baru baru ni. Tu dia ajak aku lak. Murah pun murah , katanya la... Di Putrajaya ni , nak jumpa 'murah' tu sesuatu yang ajaib melainkan PRU dah dekat.. murah dengan senyuman ! 
Bawak satu kontigen ke sana.. Moga moga takda yang bikin huru hara.. Qhaliff , dah berakal. Zahra ni makin lasak. Aduh.. makin pening aku ngan anak dara sorang ni .
Terletak berhampiran dengan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin , dalam bangunan yang berkongsi dengan banyak lot lot kedai serta hotel Dorsett.. tempat ni memang dah terkenal di kalangan penjawat awam sekitarnya.
Aku serahkan pada wife bab memilih makanan.. atau syorkan mana best. Dia suruh cuba keow teow kungfu memandangkan aku suka makan keow teow kungfu. Dia amik nasi goreng seafood dan anak anak , nasi ayam. Satu pinggan kongsi dua orang sebab banyak.. kata dia. Aku ok jer ! 
Bayar dulu baru makan ! Huhuh.. 
Hurm.. dalam jangkaan. Biasanya makan di restoran nun di Ayer @ 8 , harganya mesti lebih dari ini. Maka ini , harganya ok ok je la.. Nak murah skit , gi Umai Cafe. Tapi berebut tempat dan agak panas di situ walaupun permandangan indah. Heeee... 
Makanan sampai.. 

Nampak menyelerakan. Rasa kuah dulu.. Sedap ! Macam di kedai kedai siam gitu. Tambah cili potong.. memang berasap ! Fuhhhhh.. Nasi ayam bakar madu dia pon sedap ! Dan berbeza dari kedai siam ! Besar sizenya dan boleh dibahagikan dua. Harganya macam dua orang makan la.. Dan hidangannya pon memang macam utk dua orang gak ! Maka , ok laaa ... tak da isu bagi aku ! 
Airnya... 
Ni Milo Tabur. Rasanya memang manis la.. Tak abis si Zahra minum. Nak dibiarkan sayang.. hurm.. minum la skit.. skit je la.. hahaha.. manis sangat ! Tapi ok la.. Harganya standard cafe dalam mall la. Nak kata mahal sangat , rasanya tak la.. cover sewa + aircond + pekerja lagi. Kalau nak murah murah , kena gi gerai tepi jalan di pinggir bandar je la nak oiiiii... 

You May Also Like

5 comments

  1. Oklah harga tu untuk makan satu famili. Nanti nak cuba jugaklah makan kat sini, lama dah tak makan kat luar

    BalasPadam
  2. menyelerakan yang amat. sure sedap. nak ulang kesana tak?

    BalasPadam
  3. sikit.. sikit jela.... hahaha.. macam sama ayat kita tuuu.. huhuhu

    BalasPadam
  4. Kalau bawah 50 mmg murah...kuetiaw hong kong tu haishhh dapnya

    BalasPadam
  5. wow, memang murah ler tu👍👍👍

    BalasPadam