Selamat Tinggal , Flat Seri Melaka dan Seri-Seri yang lain..
Demi pembangunan katanya.. Macam macam cerita ada ! Tapi yang pasti , segalanya bakal jadi kenangan. 33 tahun aku di sini.. Membesar , bermain... pasni semua ni hanya ada dalam gambar dan memori aku dan penduduk penduduk sini.. Hurmm..
Padang ni dulu menyaksikan lagenda bolasepak negara , Azman Adnan memulakan kariernya di sini.. dan ramai lagi pemain bola sepak mewakili negeri ( Kuala Lumpur ). Ketika tu , zaman semi pro. Hurmm.. Bila petang menjelma.. padang ni penuh dengan budak budak main bola !
Selepas ni , takda dah ! Bakal dinaikkan rumah mampu milik setinggi puluhan tingkat !
Aku tak kisah apa diorang nak buat kat sini tapi yang merisaukan ialah.. di mana anak anak kecil kita nak bersosial petang petang ? Sekarang ni kita tau.. kalau nak main bola sepak , leh sewa padang atau main futsal.. duit lagi ! Nak main lari lari , kena g taman permainan sekangkang kera.. Nah , gi la main situ..
Maka jangan hairanlah selepas ni , masalah sosial akan bertambah ! Nak tuding kat sapa ? Rakyat jugak dipersalahkan...
Terbayang Hong Kong..
9 comments
yang ni setuju 100%..
BalasPadamSekarang kalau sebut padang...kena pergi sekolah..di situlah baru ada padang..kalau tidak padang yang ada mesti ada yang punya..tunggu masa.
BalasPadamsempat jugak dlu datang ke sini..hampir 13 tahun dah..tak sangka ye diorang dah nak hapuskan..ke mana orang2 nya nanti
BalasPadammanusia yg rakus dengan pembangunan .....sedangkan banyak lagi tempat yg terbengkalai....wilayah ni tak nak contohi selangor ....ambik alih dan jalankan balik projek yang terbengkalai daripada sibuk nak bina yg baru...kesian budak2 takder padang.....
BalasPadamdah makin kurang lak tmpt free now
BalasPadamRumah Naik, org pun makin ramai jadinya
BalasPadamrakyat jugak dipersalahkan.. errmm
BalasPadamBetul tu, dek pembangunan makin susah nak cari tempat riadah. Pastu anak² pun habiskan masa lepak jelah.
BalasPadamtumpang padang sekolah jer
BalasPadam