Ben , kata boikot McDonalds ?

by - Jumaat, Ogos 04, 2017

Aku post gambar burger Korea di Instagram dan Facebook.


Ada kawan komen di situ..  " Abg Ben bukan boikot McD ke ? ".  Aku dah jangka pun akan timbul pertanyaan gini. Tapi aku tak nak berlagak alim atau berlagak bagus. Seesungguhnya memang la aku boikot tapi dalam bentuk promosikan di blog mahupun di media sosial. Ada beberapa kali aku ditawarkan job melibatkan McDonalds tapi aku tolak sebagai tanda sokongan namun aku pun ada nafsu makan gak.. Nak gak makan makanan segera sesekali. Heeee.. 
Bagi mereka yang dah bertahun tak makan tu , baguslah. Alhamdulillah.. teruskan boikot korang. Aku bukanlah boikot bermusim tapi memang itu pendirian aku. Kalau rasa nak makan atau nak lepak McDonalds , aku gi tapi aku tak la post di media sosial. Gi makan dan lepak jap.. tu jer. P
ort aku , McDonalds Putrajaya. Cuma burger Korea ni aku post sebab aku tak pernah makan roti burger warna hitam.. tu je. Bukan nak promote pon.
Kesimpulannya , aku tetap boikot mempromosinya tapi makan tu , makan bila teringin. Walaupun ada yang kata tak mati laaa kalau tak makan , betullah tu..Doakan aku agar punya semangat juang seperti tu , yer.  Heee.. 

You May Also Like

6 comments

  1. Sebab sedap kannn. Tak tahan godaan berger die.😄

    BalasPadam
  2. sedap ke ben burger ni? nak try esok la

    BalasPadam
  3. Dgr2..Mcd malaysia@asia..dibeli oleh arab saubi..
    Hitam tu mnarik nk cb..npok sedap😋

    BalasPadam
  4. Bkn ke francsis mcd dh dibeli Arab.. tu yg lisa dengar sebab tu makan. Eh lgipun tk beli.. org bagi je 😅

    BalasPadam
  5. Lamanya dah tak makan burger McD, nampak ni terus teringin. Betul gak tu boikot tak semesti tak boleh makan kan, bukan selalu.

    BalasPadam
  6. warna dia hitam memikat buatkan kita takut nak makan. huhu

    BalasPadam