Jangan sesekali tonton rangkaian TVN Movies !!

by - Sabtu, Ogos 12, 2017

Masa mula mula disiarkan apada awal Ogos ari tu , aku dah nampak dahhh.. wife aku akan melekap depan tv jer ! Aku tak leh tengok citer citer Hollywood dah pasni ! Huhuhuhu.. Aduh , rosak tul la diorang gi letak channel Korea ni ! Dah la Kpop ! Huhhhh ! 
Tapi masalahnya , wife tak sempat nak tonton apa apa citer kalau hari kerja. Aku je sempat tu pun selepas jam 11 malam. Sebelum tu , memang bukak karton untuk tenangkan 3 orang anak anak aku. Karton cam Baby TV dan yang simple simple je.. Ada pon tak pe , tak da pon ok jer ! 
Segalanya bermula dengan satu filem di TVN Movies... The Last Ride ! Aku tonton.. dan pada awalnya memang aku nampak cam.. mengarutnya ! Pastu pelakon tak kacak kacak pon ? Heroin pon tak cun macam drama drama Korea yang aku pernah tengok ! Eh , pelik ni !! 
Aku terus tonton dan tonton.. Rupa-rupanya ni lah pelakon pelakon asli Korea. Cerita aksi mereka dasat. Cerita lawak , memang melucukan. Cerita romantis memang menjadi. Cerita teladan , memang sampai dan cerita perli mereka , memang sinis ! 
Semalam , memang rosak teruk aku ! Aku tonton 3 movie di TVN Movies. Tak hingin dah nak tengok citer HBO dan seangkatan dengannya. Aku terjebak dari jam 11 malam hingga jam 6 pagi ! Hahahaha.. Terus subuh aku. Pastu nak sambung tengok The Last Princess.. cerita pasal dinasti Korea yang terakhir yang memang best ! Baru aku tau pasal sejarah Korea Jepun ni. Huhuhuh.. Sebabnya aku pernah tanya kat seorang pemandu pelancong ketika aku di Korea tahun lepas , rasanya.. mengenai sejarah Korea Jepun ni.. huhu.. Soalan yang aku tak tau tapi sangat sensitif ! Hurmmm.
Tapi kan... kalau nak tengok rangkaian ni bersama anak anak bawah umur , kena standby remote di tangan. Kadang kadang over gak filem ni. Babak 18+ boleh menjelma tanpa disedari. Makanya , untuk anak anak bawah 18 ni , kena pantau la.. tak leh main kasi gitu jer. 
Bagi yang dewasa cam aku.. rangkaian ni memang berhantu ! Hahahaha... Tak jadi kerja dibuatnya.

You May Also Like

8 comments

  1. Belom sempat lg tgk... takut pulak melekat nnt

    BalasPadam
  2. Hehehee, susahlah kalau dah terjebak. Nasib saya ni kurang sikit cerita Korea, kalau tak dah melekat jugak!

    BalasPadam
  3. hahahhaha..sama lahh...dia punya cerita memangg boleh buat ketagihh...
    memang tak la layman drama melayu lagi..

    BalasPadam
  4. Dulu pernah terjebak dgn drama korea.. pastu takmo tgk dah drama korea tkt terjebak lagi.. tapi bila baca review abg Ben ni.. hmmm.. mcm nak terjebak balik je..🤣🤣

    BalasPadam
  5. Alamak takut nak terjebak sbb nanti keje rumah tak siap hahahaha

    BalasPadam
  6. sanggup tu tgk tv semalaman, hebat.kalau un tv dh tgk un

    BalasPadam