Malam kedua , kami bermalam di sini.. Rasa Sayang Villa Rotorua. Ikhlas Tours yang memilih buat kami dan ternyata pilihannya sangat tepat dan menepati citarasa kami... Memang cantik dan selesa malah cukup rasa bangga dapat duduk menginap di rumah milik En. Jeffri Haidzir ni.. anak jati Negeri Sembilan yang dah lama memiliki PR New Zealand.
En.Jeffri dan isterinya , Dianna sangatlah peramah sehinggakan tak terasa macam duduk tidur di New Zealand ! Ikutkan hati nak je menginap situ untuk 2-3 hari ! InshaAllah , next trip kitorang akan lama di sini... dan nexti trip nak bawak anak anak sebab anak anak mereka bagus bagus sangat !
No Tel : 64221584041
Facebook : Rasa Sayang Villa Rotorua
Email : info@rasasayangvilla.nz
Web : www.rasasayangvilla.nz
Cantik suasana rumahnya. Tak terkata aku dibuatnya.
Sarapan pagi disediakan dan sedap !
Malam , kami menghabiskan masa dengan berbual santai bersama tuan rumah. Banyak cerita dan maklumat dikongsi bersama. Memang tetiba rasa nak pindah sini sebabnya di sini mereka ' menikmati kehidupan dan kehidupan mereka sangatlah terisi dengan pelbagai aktiviti aktiviti yang cukup menarik !
Sememangnya , mereka cukup berpengalaman mengenai New Zealand. Amat disyorkan sama sekali bila kita berada di sini dan menginap bersama mereka. En.Jeffri akan syorkan tempat tempat menarik untuk dikunjungi terutama buat mereka yang bujang dan gemarkan aktiviti luar yang boleh membuatkan rasa nak kembali dan kembali lagi ke sini !
Rasa Sayang Villa Rotorua , aku akan kembali ! Dan buat korang nak menginap sini , sila booking awal yer. Kalau suka insan yang peramah , sinilah antara tempat yang disyorkan.