Aku ada tanya perkembangan Qhaliff di dalam kelas. Aku terima jawapan. Aku akui. Tapi sebagai bapa yang besarkan dia dengan tangan sendiri.. aku tau dia camna ! Sememangnya bila belajar di rumah pon dia begitu.. 30 saat pertama dia fokus kemudian terus main suka suka dia je sebut ! Bukannya dia tak tau pun cuma nampak macam dia banyak khayal ! Apakah ini normal ?
Ok.. aku google dan jumpa satu blog yang cukup bagus infonya. Ternyata ianya benar sama sekali. Apa dah berlaku di Malaysia sekarang ni ? Apakah anak anak nak dijadikan ensiklopedia seawal usia 5 tahun ? Eh... mak bapak semua teringin nak jadikan anak mereka genius ? Yer.. betul tapi kita terlupa.. mereka itu masih kanak kanak dan mereka banyak bermain ! Berilah peluang untuk mereka bermain kerana di satu ketika nanti.. mereka akan bekerja hingga tua ! Kaan ?
Qhaliff.. dalam dia bermain , dia pasang telinga. Bila aku berbual dengan mak dia sekali pun, telinga dia senantiasa mendengar. Bermakna dia senantiasa belajar tanpa kita sedari !
Amatlah betul tulisannya. Tanpa kita sedari kita membunuh anak kita secara perlahan-lahan melalui mental dan juga fizikal ! Korang boleh baca terus di blog , Aidil Rajiah yang bertajuk Kenapa anak saya susah nak fokus ?
Secara jujurnya aku memang biar jer Qhaliff tu bermain tapi tekanan dari kiri dan kanan serta bila diberitahu di sekolah nanti.. darjah satu dah kena pandai membaca dan mengira ! Aduhhh. Ditambah lagi dengan peperiksaan serta tah apa apa lagi yang mana bagi aku .. kau giler kot !! Nak bebankan budak budak 7 tahun hingga 12 tahun dengan pelbagai mata pelajaran yang mana bagi aku macam nak buat budak tu jadi komputer ! Huhhh... bila diorang nak bermain ? Cuti sekolah ? Jadahnyaaa ! Ni aku geram ni ! Berapa ramai kanak kanak memberontak tanpa kita sedari ? Pastu disalahkan mak bapak ! Grrrr.. ni aku nak tulis panjang panjang ni !
Ok.. aku sabar. Di blog Sirap Limau ada bagitau tips bagaimana nak atasi anak payah nak fokus ni. Aku dah baca dan ianya menarik untuk dikongsi bersama. Namun aku masih tak berpuashati ! Hahahaha.. Kesian la kat anak anak kita tu. Memang la nak bagi diorang pandai tapi agak agak la kot. Aku malas nak cerita zaman dulu tapi letakkan diri kita dah la. Siang malam kerja.. larat ke ? Diorang siang dah belajar. Malam buat kerja rumah. Ada pulak malam ,siap tuiysen lagi ! Hurmm.. memang seronok tengok anak berjaya tapi ada kita tau apa perasaan diorang ?
Entah la.. mungkin aku terlebih emosi. Tapi bagi aku , kementerian perlu buat kajian semula. Kembalikan kegembiraan anak anak kita. Mereka seronok ke sekolah. Bermain dan belajar... Bukan tertekan ! Sebut je sekolah , boleh jadi hulk ! Huhuhuh..
Sebab tu dalam seminggu , Qhaliff akan ponteng sehari. Heeee.. Dan ada yang aku gi amik dia balik awal. Sian gak. Huhuh.. Bukan manja tapi kesian. Mereka masih kecil.