BEN ASHAARI



Dua hari aku tak usik laptop. Idea ada tapi aku takda mood nak update. Mungkin sebab aku agak tertekan kebelakangan ni. Penat pon ye gak ! Jaga anak bukanlah mudah. Nampak mudah tapi sebenarnya memerlukan kesabaran di peringkat yang tertinggi ! Hahahaa.. Serius ! Kalau sehari dua tu , ok la lagi.. Cuba la dua tiga minggu tengok ! Haaa...

Maka aku plan dalam bulan ni aku nak bercuti. Sendirian ? Takda la.. Bersama keluarga. Camana sekali pun , nak bersama anak anak jugak. Heheeee.. dan isteri. Sementara mereka ada di sisi. Dan aku ada di sisi mereka. 



Walaupun percutian DEKAT JER  tapi bagi aku dan anak anak , ini dah cukup mengembirakan. InshaAllah , ada rezeki baru plan nak ke luar negara.. Hehehehe.. Kena simpan duit skit. Sementara anak kecik lagi dan 'beminat' nak abiskan masa dengan mak ayah mereka.. InshaAllah.

Ke mana aku kali ni ? Tengok je kat Instagram dan Facebook aku. Aku kan rajin post kat situ.. Hehehe.. 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Dua tiga hari ni , rasa semacam jer. Dan terjawab... darah tinggi ! Hurmm.. tapi masih belum gi klinik untuk dapatkan rawatan. Aku makan panadol dan tidur jer. Aku imbas kembali kenapa aku boleh sangkut kembali dengan 'darah tinggi'.

Beberapa faktor. Tidur tak cukup. Maksudnya , rehat. Makan tak betul. Banyak garam punca hadirnya kembali 'darah tinggi'. Dan ragam anak anak setiap hari yang sepatutnya jadi penenang tapi aku jadi stress lak.  Salah aku. Diorang ok jer.

Apa kena buat ? Sepatutnya gi dapatkan rawatan tapi rasanya aku nak cuba dulu cara lama aku.. Detox dulu. InshaAllah.

Doakan yer.
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Selesai solat Maghrib semalam , aku melangkah keluar ke kereta. Ternampak sayup di hadapan aku , guruh yang sangat panjang dan cerah.  Subhanallah.... Terus aku masuk ke dalam kereta. Tarik nafas panjang. Tak dengar pulak bunyi guruh tapi di media sosial dan juga group whatsapp rakan rakan, kecoh mengenainya. Ada yang kata bergegar rumah mereka ! Benarkah ?

Aku google mencari kisah guruh malam tadi.. Dan jumpa beberapa cerita menarik. Katanya kawasan Puchong , Bangi dan bangunan tinggi terkesan dari guruh tersebut. Hurmmm..



Beberapa status dan keping gambar yang viral di media sosial malam tadi. 






Menariknya , ada yang kaitkan dengan HAARP ! Tapi seperti yang kita tau , di Jepun dan Korea baru baru ni dilanda cuaca yang 'mengejutkan' hingga ada kematian. Turut berlaku juga di beberapa buah negara di Eropah. Aku tiada kepastian. 

Semoga Allah lindungi kita semua. 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Hehehee... kali kedua aku ke sini ! Kali pertama ari tu , sebab lutut aku. Memang ketika tu , nak lipatkan kaki pun tak boleh. Kena pakai knee guard untuk bergerak. Alhamdulillah, sekali je urut ari tu , ada perubahan. Bukanlah 100% pulih seperti baru dilahirkan tapi ada la perubahan. Kena rajin urut la disamping rehat yang secukupnya.

Kali ni aku ke sini masih fokuskan lutut aku. Tapi lebih pada urat dibelakang pelipat disamping membetulkan otot otot badan aku yang dah keletihan. Oh ya.. aku bawak wife sekali. Dia yang sering mengadu kat aku sakit badan dan stress , aku memang cadangkan dia cuba urutan sukan Pro M ni. 

Nak ke sini tak susah pun. Waze jer. Terletak di Bandar Tasik Selatan , Cheras jer pun. Aku syorkan ke sini malam la. Siang pun ok tapi malam mudah nak parking. Siang , hari bekerja kena parking di tempat parking yang disediakan. 

Nah.. search jer seperti di dalam gambar bawah ni. Bukan susah pun kan ? Hahahaa.. Perlu korang tau yang mereka ni bukanlah amatur tau. Diorang ni banyak ikut team team sukan seperti berbasikal atau marathon. Nak tau , kena follow instagram mereka , PRO M.



Macam aku kelmarin , aku amik urutan belah malam. Boleh parking depan premis diorang jer. Tak perlu nak jalan kaki sangat. Cari je kedai motor ni. Pro M terletak di tingkat 4. Masuk di laluan lif tu. Nampak la signage Pro M. 


Sesi isi borang dan soal jawab sekejap. Heee..


Macam aku ari tu, aku amik pakej seluruh badan. Wife pun gitu. Satu jam. Puashati kauu ! Diaorang pandai cari tempat tempat yang kita stress atau kita bagitau jer kat mana kita nak diorang tumpu. Fuh , sejam yang berbaloi. Boleh dikatakan selepas urut tu , akan terasa la sakit jap tapi esoknya.. bila bangun tidur , perghhh.. Segar bugar. Terus sambung gi gym gitu ! 


 Nah , korang ada masalah di mana ? Boleh cuba andai tergolong dalam masalah seperti di dalam gambar.

Yeeeeay ! Boleh lentik balik ! Sakit pinggang dah dilegakan. Hahahaa.. Sebulan atau dua bulan sekali boleh datang kasi 'repair' balik otot otot akibat workout di gym.. hehehee... 

Sebarang pertanyaan , boleh je whatsapp diorang terus.. +6012-3992109.


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Banyak kes yang kita baca di surat khabar. Ada yang tak keluar surat khabar jugak. Hurm.. Adalah satu perkara yang cukup penting bila meletakkan anak anak kecil kita di rumah pengasuh. Carilah yang betul betul ikhlas dan sudi jaga anak kita. Bab duit , janganlah berkira. Jika tak mampu nak bayar , cari alternatif lain untuk pastikan mampu bayar. Jika mintak kurang, risau risau si pengasuh acuh tak acuh jer jaga anak kita. 

Antara sebab aku nak jaga sediri 3 orang anak aku ni , aku tak percaya pada pengasuh yang ada sekarang. Maaf cakap la yer.. Walaupun ada yang ikhlas dan bagus , jumlahnya boleh dikira. Kalau nak cari pengasuh , pastikan kita cukup kenal dengannya. Latar belakangnya perlu diteliti. Mulut becoknya kena tau gak camana 'rupanya'. Kelak anak membesar di dalam rumah dengan keadaan yang cukup stress. 

Aku bukanlah nak kata kalau mak bapak sendiri jaga tu bagus dah. Tak de la gitu. Aku sendiri pun tak bagi muka kat anak anak aku. Garang tetap garang. Tapi tau la bila nak memujuk balik. Terpaksa garang atau jadi lembik di sekolah sebenar nanti !


Besar nanti diorang , akan terkenang segala apa yang berlaku pada mereka. Jangan ingat mereka lupa. Mereka ingat ! Apa yang kita beri pada mereka , itulah yang dibalas nanti. Maka jangan peliklah bila kita nanti , diletakkan di rumah orang tua tua jer atau mereka akan senantiasa beri alasan sibuk bekerja bila diminta pulang ke kampung... 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (39)
    • ▼  Jun 2025 (2)
      • Kelebihan cacao ( dark chocolate ) dengan halia da...
      • Aku baru nak aktif TIK TOK !
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes