Apakah aktiviti yang menarik jika saya sekeluarga menginap di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut ? Takkan mandi kolam je kot ? Kan kan ? Sebenarnya di sini tanpa perlu keluar dari hotel , korang dah boleh lakukan pelbagai aktiviti aktiviti menarik ! Nah... Korang boleh mintak pihak hotel sediakan jadual dan korang ikut jer !
Kalau buat team building atau family day lagi syok woiii ! Pergh.. memang puashati la kat sini. Confirm balik rumah dengan muka tersenyum seronok dan teringat ingat kenangan di sini ! Tu baru part aktiviti.. part makan ! Haaa... Bagi yang nak sambut harijadi atau hari istimewa , diorang boleh buatkan jer ! Takda masalah sama sekali.
Antara aktiviti yang aku syorkan di sini ialah.. semua best ! Haahaha.. Budak budak pasti terasa seronok ! Bagaimana dengan si abang kakak , mak dan ayah lak ? Apa aktiviti boleh dilakukan di sini selain tengok pantai ?
Untuk si abang kakak , leh layan ATV ! Snorkeling , berkarya , layan gym manakala si ibu ada aktiviti best ! Belajar memasak bersama Chef Izan ! Fuh... aku dah ! Memang syok. Pastu ... eh , jom tengok gambar la syok ! Heee.. kan kan ? Sebelum tu , bawah ni jadual aktiviti aku. Boleh ubah andai tidak sempat atau terlalu padat. Ikut kesesuaian kita. Hee..
Andai ada anak kecil , diorang suka naik tram ni. Akan jelajah di semua kawasan hotel. Luas ok ! Dan akan berhenti sebentar untuk bergambar di lokasi lokasi menarik untuk dijadikan kenangan manis bersama sama.
Berbasikal. Nah... tak perlu berlumba pun ! Menunggang santai santai gitu. Basikal ada untuk 5 tahun ke atas.
Jika si abang boring... gi la bersenam kat gym. Sadokan diri ! Pastu leh terjun dalam kolam mandi. Ala ala jadi baywatch gitu ! Yelah , dah sadokan badan.. pastu apa lagi kan ? Mana tau awek awek kat situ tengok.. Hahaha.. Bukan aku laaa.. awek usha aku , siap la ! Hahahaha.. Gurau jer..
Best gym sini. Simple tapi cukup !
Ahaa.. bagi pecinta haiwan.. Di sini ada beberapa jenis binatang jinak. Boleh bermain dengan mereka juga. Antaranya ada kucing , iguana , kura kura dan juga ada petting zoo ! Fuh , kalau aku nak taruk semua gambar , rasanya dah jadi tesis entri aku ni ! Hahahaa.. Maaf la yer , aku letak yang ok ok jer. Kalau nak tengok semua , kena datang sendiri hotel ni ! Berbaloi.
Jungle Trekking pon hado !
Kids Club. Sini memang best ! Kalau tak masuk sini , rugi ar ! Budak budak mesti nak datang lagi selepas menjejakkan kaki mereka buat pertama kali di dalam ni . Huhuh..
Makanan
Bagi kaki makan , nahh... Dari sarapan pagi hinggalah malam , pelbagai jenis makanan akan ada di sini. Kalau nak cuba masakan Thai original pon ada di sini. Jika nak layan BBQ , bagitau jer. Masakan melayu , mestilah ada.. kan kan ?
Makan Malam Istimewa dan BBQ di The Gayam
Cantik permandangan di sini kan ? Di sini turut disediakan bilik persidangan , lobi yang menarik dan untuk pengetahuan korang .. kebanyakkan kaki tangan di sini juga baru baru. Terlatih dan peramah ! Menginap sehari di sini pastinya tidak akan puas !
Untuk info lebih lanjut , boleh ke https://www.swissgarden.com/beach-resort-damai-laut/index.html