Apa dah jadi dengan kerajaan baru ni ? Makin tergaru garu kepala aku dibuatnya. Mengutamakan bahasa penjajah dari bahasa yang menyatupadukan rakyat ? Kononnya antarabangsa? Kalau guna bahasa kebangsaan , tak antarabangsa ke ? Tak ke rasa orang luar lebih teringin nak belajar bahasa utama rakyat Malaysia ni ? Apakah bahasa Inggeris itu akan dapat menyatupadukan rakyat negara ini dan menunjukkan negara ini sedang menuju ke bulan ? Maju la yer ?
Tak pernah dengar mat salleh sebut Malaysia Boleh ? Selamat Pagi ? Atau Terima Kasih ?
Malu ke nak guna Hari Sukan Negara ? Bangga nak sebut Malaysia Sports Challenge ? Hahaha.. Melucukan la ! Jika guna English , nampak lebih prestij ? Adoiyai... Dikala negara nak sambut kemerdekaan ke 62 , korang tunjuk lagi yang kita masih 'dijajah' ! Memadailah dengan belajar dan bertutur tapi tunjuklah kita ini masih MALAYSIA dalam segalanya.
Satu soalan aku nak tanya.... Orang luar nak sambut sekali ke acara ni ? Diorang nak datang berzumba sekali ketika pelancaran ? Ke semua ni lebih kepada politk jer ! Oh ya.. ni kerajaan lama punya inisiatif kan ? Lupa lak. Tapi kalau nak buat penjenamaan semula, tak boleh guna bahasa Malaysia sendiri ke ? Tak perlu tulis dalam Jawi pun. Guna rumi.Hari Cabaran Sukan Malaysia atau boleh je guna Ayuh , kita bersukan ! Tak kisah la apa pun.. gunakan la bahasa kebangsaan.
Di kala rakyat berpecah dek pelbagai isu , korang tambah lagi isu baru. Good job bebeh !