Hurm... akhirnya Tun Mahathir bersuara seperti yang diminta ! Aku mampu senyum jer. Apakah ini akibat desakan atau pendirian ? Entah... aku pun malas dah nak amik tahu ! Kenapa aku amik tahu pun , aku jugak yang sakit hati dan panas hati ! Nak bersuara kang , kena tangkap lak ! Hahaha..
Tapi yang bakal dibenci ialah Tun Mahathir. Diluah mati bapak. Ditelan mati mak ! Anak anak tunggu je apa tindakan dan ada yang bakal bersorak. Yer , yang menangis pun ada juga nanti ! Yang bersorak ni seronok sebab kata mereka diikuti. Memuji menggunung pada mak pak mereka ! Yang menangis tu, mula menyimpan rasa benci dan dendam ! Persoalannya , yang seronok ni.. sampai bila kata mereka nak dituruti ? Jika satu hari nanti , tidak lagi dituruti maka mereka akan join group pembenci tadi ! Segala apa yang dilakukan satu tika dulu, tidak lagi dihargai ! Yang lepas tu , lepaslah. Nak yang sekarang !
Yer.. yang berkuasa tu sebenarnya SENDIRIAN ! Hanya sebab ada KUASA , anda disukai !
Begitu juga aku yang mana selaku founder sebuah kelab komuniti blogger yang ditubuhkan semata mata untuk membantu rakan rakan blogger yang baru , akhirnya menjadi kebencian bekas bekas blogger yang satu tika dulu , memuji muji aku setinggi gunung.
Aku tak salahkan mereka.
Cuma takda siapa berminat nak tau kenapa dan mengapa ! Aku terima aduan. Melihat sikap dan perangai mereka yang dah mula menempa nama. Si pengadu nak aku amik tindakan. Jika tiada tindakan, maka ramai akan berperangai begitu.
Apa yang perlu dilakukan demi keharmonian dan keutuhan komuniti ?
Beri kata dua ? Telah dilakukan. Singkir ? Yer.. singkir ! Dan yang dibenci adalah aku. Bukan si pengadu. Dan yang seronok ialah , si pengadu dan yang disingkir berkawan baik di luar. Dan aku adalah insan yang dibenci.
Yer.. aku mampu tersenyum. Adakalanya aku nak mengiyakan kata kata seorang blogger ..
" Blogger baru ni , tak payah ditolong. Biar mereka rasa susah payah sendiri untuk berjaya "
Tapi aku tak sampai hati. Tak pe la... Biarlah aku dibenci. Aku cuba ikhlaskan hati lakukan semua ini kerana Allah. Tak pe... Setakat manalah kita nak hidup atas dunia ni , kan ? Risiko memang ada bila kita cuba membantu insan lain..
Redha.