Semalam , aku ke Berkat Madinah yang terletak di Ampang Putra , Jalan Ampang. Yer , agak jauh dari rumah aku yang di Sepang. Kenapa aku gi sana ? Haaa... Kalau korang pengemar makanan makanan arab , pastinya di sini korang akan berpuashati. Ditambah pulak , sejak PKP hingga sekarang , harga barang barang kat sini memang murah ! Berbaloi la aku datang jauh jauh. Cuma sayang , wife tak sempat ikut serta sebab aku ke area ni , atas urusan kerja.
Tempat letak kereta , banyak je kat sini. Takda masalah pun. Buka dari jam 8 pagi hingga 10 malam , Berkat Madinah di Ampang ni menyediakan pelbagai bahan makanan dari sayuran hinggalah produk produk dari tanah Arab seperti madu , cuka , rempah ratus , kekacang , jeruk , minyak zaitun dan banyak lagi ! Confirm kalau orang perempuan datang buat pertama kali , akan terbeliak biji mata. Macam macam nak diangkut pulang dan banyak idea masakan.
Antara tarikan wajib orang yang tinggal berhampiran Ampang ni beli di awal pagi ialah roti ! Roti handmade mereka memang power tul la . Bau roti setiap pagi di kedai Berkat Madinah ni, memang menaikan selera makan di awal hari. Hahahaha.. Terus nak beli beberapa jenis untuk dibawa pulang. Kalau dah makan , menyesal tak beli banyak. Lembut dah satu hal.. sedap satu hal lagi. Resepi roti ni khas dari sana.. memang terbaik !
Antara jenama produk kurma yang ada kat sana ialah Majdool Saudi 1st Grade, Ajwa Madinah , Ajwa Long , Ajwa Madinah Premium , Ajwa Madinah VIP , Mabroom Al-Madinah , Safawi Al-Madinah AA, Mariami Dates A , Mariami Dates A , Mariami Dates Jumbo , Palestinian Jumbo Medjoul Dates dan banyak lagi.
Manakala bagi peminat buah kering atau dried food , ada Dried Papaya , Goji Berry , Pitted Piunes , Dry Pineapple , Mango Low Sugar , Ginger (Sliced) ,Dried Lemon Stick , Dried Strawberry , Ginger (cube) , Dried Guava , Golden Jumbo Raisins , Fancy Raisin , Natural black raisins , Dried Cranberry
Jumbo Dry Apricot , Aprimax Dried Apricot Size 2 , Golden Raisin , Sultana Raisin dan banyak lagi.
Bagi peminat kekacang macam aku ni ada Roasted chickpeas , Roasted sunflower , Roasted Almond, Roasted Pistachio, Roasted Chasew , Roasted Macademia , Mixed Nuts , Roasted Pumpkin Seeds Roasted Sunflower , Sliced Almond , Roasted Apricot Seed, Brazilian Nuts, Coated Almond dan macam macam lagi haa...
Terdapat juga produk produk dari jenama Al Baraka Land , Arabian Village , Al Ahlam yang pasti mengoda mata punya ! Disusun dengan teratur , apa saja korang nak cari semua boleh dijumpai dalam ni. Dan menariknya, ketika harga dia memang murah murah. Contohnya olive oil atau minyak Zaitun Palestin, harga dibawah RM50 sebotol . Roti yang biasanya di kedai luar , harga RM5 ke atas sini cuma baru RM2,3 jer.. Haaa ! Bab halal jangan risau la.. sebab yang buat roti ni memang orang dari Syria.
Ok...Dah abis mencari barang makanan. Terasa lapar sebab tengok makanan dalam tu kan ? Aku tau... Dan jangan risau ! Korang ada dua pilihan. Satu , gi masuk makan di Restoran Madinah. Kat sebelah dia jer. Situ ada makanan Arab dan juga Barat. Order dan bayar jer ! Hahaah.. Harga , masuk akal la. Dan sila tanya diorang apa yang sedap kat situ. Diorang sangat membantu. Heheheh.. Terliur aku weh.
Sedap ? Nak tapau balik rumah pun boleh ! Dan aku nasihatkan korang... beli ayam dan kebab kat situ gak ! Fuh... dia punya lembut. Adoiyai... Patut la orang kata roti kat Arab ni sedap sedap. Baru aku tau kenapa. Huhuh.. Kalau kena diorang buat , memang power la ! Berbaloi makan. Hahaha.. Abis diet aku. Tapi ok pe... bukan ada minyak pun. Hahahah.. Sesekali kan ?
Tapau untuk anak isteri kat rumah. Tu wajib. Hahaha... Dan untuk diri sendiri. Nyesal beli dua. Hahaha.. Kenyang sampai ke malam. Dan , wife siap bersuara..
" Bang , pasni nak gi Berkat Madinah. Biar saya lak masuk. "
Abis la dia borong makanan kat situ nanti . Huhuhu.. Serius , berbaloi. Harga sekarang pun diorang jual harga PKP. Memang harga untuk mereka yang biasa biasa cam aku. Bukan kluster kayangan punya harga.
Jangan lupa follow Instagram :
Cawangan Berkat Madinah di Malaysia :
1. Ampang:
17-L1, Jalan Ampang Putra 6,
Taman Putra Suliman, 68000 Ampang
Selangor
2. Kajang:
Ground Floor,
Unit No. PA-S-17, PEARL AVENUE Shop
Jalan Pasir Emas, 43000 Kajang, Selango DE
3. Shah Alam:
Berkat Madinah, Seksyen U12:
No. 46, Jln Pegaga C U12/C,
Desa Alam, Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor.
Untuk belian Online dan Delivery :
Penghantaran Segera (Hari Sama)
Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang
web : delivery.madinah.com.my
( kena login untuk pastikan kawasan anda terlibat untuk Penghantaran Segera )
Penghantaran Biasa (dalam masa 3 hari )
Seluruh Malaysia
web : shop.madinah.com.my