Uhuk.. 31hb Ogos 2015. 31hb Ogos.. Semua rakyat Malaysia tahu… tolak tepi PATI.
Tapi sayangnya , aku dah tak rasa aku ni ‘merdeka’ ! Setiap hujung bulan , tunggu apa jadi dengan ‘petrol’. Naik atau turun ? Dah macam satu ‘permainan’ dah ! Haihh..
Tiap kali beli barang.. tengok perkataan GST ! Haih.. geleng kepala ! Aku tak kisah bayar GST tapi aku nak tau apa jadi dengan GST yang aku bayar ! Kalau setiap rakyat Malaysia bayar GST setiap hari , petrol tak perlu naik dah. Tol dah boleh ditutup.. Tandas boleh masuk percuma dah..
Tapi ??
Serius.. aku rasa aku macam pendatang ke negara sendiri ! Tu pasal aku tertanya.. Aku ni dah merdeka kah ? Asik bayar cukai jer memanjang ! Dan macam duduk kat Kampung Pinang Sebatang. Tuk Penghulu asyik datang kutip hutang.. Eh , kuncu kuncunya.
Pening !
Sampai bila nak macam ni ? Dapat duit , bayar cukai. Lepas makan skit.. beli barang keperluan dan kehendak diri.. pon kena cukai lagi ! Grrr…. Kalau dijanjikan perubahan selepas cukai dibayar , tak pe la gak ! Tapi ??? Hurmm…
Merdekakah aku ?
Aku tidur malam pon dengan kayu di sebelah ! Takut rumah dipecah masuk ! Tang mana amannya negara ni ? Oh , takde peperangan ! Tu je tanda kita masih aman.. Part lain ?
Yer .. ‘selamat menyambut hari kemerdekaan..’. Er , tak patriotikkah aku ?