Semak keputusan Penilaian Menengah Rendah @ PMR 2011 melalui sms online

 

Wah .. Keputusan PMR 2011 nak keluar dah ! Jeng jeng jeng .. Ileks arr.. Nak kalut menda .. Exam amik dah .. Yang mana dah berusaha abisan tu , tawakal je la.. Kita mampu mencuba dan berusaha. Selebihnya , serah pada Allah .. Tapi jangan lupa berdoa la kan .. Harapkan yang terbaik buat kita ..

Bagi yang kurang bernasib baik , janganlah putus asa .. Ni bukan penamat hidup .. Allah tahu apa yang DIA buat .. Kita pastikan kita tak terkeluar dari landasan sepatutnya , dah la kan .. Maksud aku , berpegang pada Al-Quran dan Sunnah.. Maksudnya , bila tak bernasib baik , maka teruskan berusaha dan dekatkan lagi dengan Allah.. Yang berjaya tu pon , jangan leka dan lalai .. Jangan lupa Allah , keluarga dan juga masyarakat !

 

OK .. Perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS 15888 akan diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Dis 2011.

Cara menghantar sms online adalah seperti berikut :

image

PMR < jarak > NO IC ANDA <jarak> ANGKA GILIRAN ..

Hantar kepada 15888

Contoh : PMR 000000-00-0000 AA000A000 

Caj penghantaran : 15sen

Caj Penerimaan : 20 sen

 

Faham tak ni ? Tak faham kalu , sms kat aku je la .. aku bagi results  anak jiran aku eh ?

Tahniah bagi yang berjaya dan yang kurang bernasib baik , cuba lagi .. Aku ada ramai kawan yang mana gagal dalam sekolah tapi berjaya dalam hidupnya , berkat usaha gigih membuktikan yang mereka mampu berjaya walaupun gagal di sekolah !

Yang penting , jadi  manusia yg berguna !

10 ulasan:

  1. erm . cuak jugak neh nak amek result :D .

    doa jer la .

    BalasPadam
  2. erm bole tak shared kat blog ryn? nnt ryn tag kn nme 'ben ashaari' skali =)

    maap ryn baru dekat sini jadi ryn tak tahu nak panggil 'ben' ape =)

    <-- pmr

    BalasPadam
  3. erm..cuak tu pasti ada kan abg ben..hehehe..anyway,goodluck utk semua candidates PMR..

    baik atau buruk keputusan kita takpe,bersyukur..lain kli cuba lagi..jauh lagi perjalanannya..=)

    BalasPadam
  4. huh..!kecut perut bila dok mengira hari nie....
    mudah-mudahan semua calon pmr yg ber-bloger, dan yg tak, dapat result yg gempak-gempak belaka..amin!

    BalasPadam
  5. ben ashaari entri nie ryn ade tag nme ben

    http://gadisbibirseksi.blogspot.com/2011/12/keputusan-pmr-melalui-sms.html

    BalasPadam
  6. debaran dia terasa macam sufi pulak yg nak ambil result tu nanti..huhu
    nyway gdluck to all pmr 2011 candidates.
    =)

    BalasPadam
  7. Aduhaiiii ~ memang berdebar. miza sekarang ni tgh komen pd jam 2 : 02 pagi !!!!!

    siyes, tak boleh tido langsung. Result dah nak keluar, bak kata org ~ tdo x lena , mandi x basah walau setangki habis, makan x kenyang biarpun lima pinggang abis..mcm2...

    so mengomen jer la kerjaku bila tak boleh tdo... =)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.