Serasa ingin saja ku maki dia itu !

by - Isnin, Januari 09, 2012

 

Kelam kabut aku tadi .. Dengan ada kerja last minit  , pastu tetiba kawan blogger nak jumpa ditambah lagi dengan wife tetiba nak minum susu strawberi .. Maka keutamaan mestilah wife n ‘si kecik' di dalam’ tu kan ?

Jadi , aku g ke pasaraya paling top di Presint Diplomatik , Putrajaya untuk membeli susu pastu terus g jumpa kengkawan sat .. Susu tu wife nak minum esoknya.. Bukan dia je , aku pon nak  gak .. hehe ..

Setelah jumpa susu yang aku nak tu serta roti Gardenia , maka aku pon keluar tanpa bayar .. Pergh.. kira mencuri la tu kan ! Apadahal !! Baru best mencuri tuuu !! Tu nasib baik mencuri tanpa merogol lagi !! Haa.. Camana tu ???

Ok .. aku tipu je part tu ! Part mencuri tu laaa.. Takkan nak mencurik lak .. Gile ke apa ??? Kang kena potong tangan lak.. Eh , tak la. Penjara 12 tahun je .. hehe..

OK.. renti mengarut .. Aku pon g la beratur kat depan cashier tu haa..  Muka dia comey dah .. Putih berseri woo .. Baru aku nak bagi dia name card dia .. Kot la dia nak jadi model shawls aku nanti ke kan ?

Bila sampai turn aku untuk membayarnya .. Aku angkat bakul dan letak atas meja cashier tu.. Biasanya gitu la kan .. Dia pon senang je terus angkat barang tu dari situ jer ..

 

KAD MERIAH ADA ?

 

Cara dia tanya aku macam polis mintak MYKAD kat pendatang asing . Polis yang garang la.. Aku tau bukan semua polis garang.. Ramai baik wooo .. ( bang , saya ada saman.. leh tolong ?)

Aku pandang muka dia .. Amboi.. Dia ni nak gaduh ngan aku ke ? Pasangan kerja dia , lelaki macam dah semacam malu ngan cara perempuan tu ..

Aku cool lagi..

Bila dah abis dia scan barang-barang tu , dia kata kat aku ..

 

Letak bakul kat bawah balik ..

 

Cara dia cakap tu , bagi perintah ok ! Cam Hitler bagi perintah kat askar dia la lebih kurang ..

Aku terkedu ..

Aku pandang kawan dia .. Pastu keluar dari mulut aku ..

 

Sapa yang kerja kat sini sebenarnya ?  “

 

Kawan dia diam dan tersengih cam kerang busuk. Malu ngan perangai kawan perempuan dia tu la gamaknya.. Hurm..

Aku hulur duit dan amik balik duit baki ..

 

Terima kasih  .. “

 

Tang ni dah lembut tapi aku tak balas sebab geram kat dia .. Kawan dia hulur barang kat aku dan ucap terima kasih gak dan aku membalasnya dengan lembut ..

Cara aku tak jawab terima kasih budak perempuan tu salah sebenarnya .. Tapi aku nak bagitau dalam dia yang dia telah singgung perasaan aku 2 kali dengan sikap dia yang ‘kureng’ tu ..

Geram tu mmmg ada tapi aku anggap dia tengah tensen .. Mungkin baru putus cinta atau period pain mungkin ? Paling tidak pon dok sakit perut la tu..

Pujuk hati ..

You May Also Like

21 comments

  1. Sekarang ni memang banyak dah pekerja macam ni terutama kat pasaraya. Layan customer siap dgn muka masam lg. Rasa cuak jugak and kalau boleh rasa nak elak berurusan dgn cashier mcam tu. Elakkan sakit hati. Hihi :D

    BalasPadam
  2. ramai yg camnih hihi..

    BalasPadam
  3. hahahaa.. lawak ayat abg ben yg last 2.. pujuk hati dengan +ve thinking.. ngeeee :)

    BalasPadam
  4. wahahaha datang bulan lettewww

    BalasPadam
  5. Customer service kureng le tu.
    Moody..haha

    BalasPadam
  6. tgh tension la tu. biasa la, keje frontline (selalu hadap plnggn) mmg selalu tension coz byk ragam pelanggan yg nak dilayan xD

    BalasPadam
  7. takkan nak kena buat perhimpunan tiap2 pagi isnin then nak kena ingatkan "rukun negara : kesopanan & kesusilaan" kot.... :p

    BalasPadam
  8. sy biasa keje kat pasaraya dulu, slalunya ada pekerja camni sebab kna marah dgn supervisor n manager, ha3...sebab tu tensen je....

    BalasPadam
  9. alolo..sbr jelah dengan orang mcm tu..pujuk hati ok..

    BalasPadam
  10. paling tak suke dengan org yg mcm tu... hate that! grrr huhuhu

    BalasPadam
  11. dia letih sebenarnya..kena faham,maybe dah tak boleh nk kontrol dah.

    BalasPadam
  12. mungkin sebab period atau penat.. tapi tak sepatutnya buat mcm tu pada customer

    BalasPadam
  13. haha...klu sy sy sound direct je.haha

    BalasPadam
  14. salan...
    sbr..sabr...mgkin dy pent kot..myb cara dy salah..tp memaafkn org kn stu amalan yg lebih mulia..hehehe
    pekerja tue kene blaja lg communication skill kot..how to interact with customers..
    then kene pegang 2 rules :
    1 - customers always right..
    2 - if they don't...refer to 1 rule..
    sekian.......

    BalasPadam
  15. hehehe mira pun pernah kena jugak :)

    BalasPadam
  16. bersabarkah banyak2 terutama bila pergi supermarker waktu puncak! Aiseyyy...macam naik LRT pulak, berasak2 waktu puncak...

    BalasPadam
  17. dulu dekat rumah saya ada 1-2 je mini market memang camtu la selalunya..tapi sekarang ada dah dekat 10 market sebab ada bukak lot kedai baru..dan semuanya dekat2 ok..10 saat dah boleh sampai kedai lain tu..nak tau macam mana service sekarang?

    Masuk je kedai ada yg ucap "selamat datang"

    lepas bayar diorang kata "terima kasih. datang lagi"

    keluar kedai pun ada lagi yg cakap terima kasih datang lagi tu.......

    itulah pentingnya persaingan dlm perniagaan..kalau tak..masing2 sikap macam along saja..

    BalasPadam
  18. memang depa macam tu..masam cam cuka..tak mesra alam langsung..ingat kita takdak duit ker nak bayar..

    BalasPadam
  19. kene buku & ruas!
    bagus tul abg ben balas macam tuh,at least dia sedar sikit.kadang2 mereka dah kurang ajor pulak.contoh pernah kene masa kat station lrt beli tiket,dah la salah bagi kad,then nak campak2 kad.

    orang berbudi,kita berbahasa.suka sikap pkerja shell kat pndn indh& c.s TM.

    BalasPadam
  20. salam
    menarik entri ni moga kita semua ambik perhatian.ramai hadapi masalah dgn pekerja wanita camni.kerja tak ikhlas, tak pandai jaga hati pembeli. kita pula yg kena tahan hati dari marah dgn mereka.sbb tak ikhlas bekerja jadi kes macam nilah.memalukan je

    BalasPadam