Aplikasi Terbaik Pantau Keselamatan Keluarga dari Digi !

by - Khamis, September 22, 2016

 

Sering aku terfikir.. camana aku nak pantau anak-anak aku jika mereka dah bersekolah kelak ? Maklumlah ,  budak budak sekarang banyak aktiviti. Walaupun ada telefon pintar , belum tentu mereka akan memberitahu di mana mereka berada.. kan ? Atau mereka terlupa.. Bukan sengaja tak nak bagitau.  Andai ada aplikasi yang boleh kesan di mana mereka berada , kan bagus !

Waktu tu , aku terfikir gitu. Tapi di zaman ini , segalanya tiada mustahil lagi ! Dan keinginan aku tu , menjadi kenyataan ! DIGI telah merealisasikan impian aku tu. Terasa lega sangat di hati !

Sila download di Google Play dan iOS , aplikasi DIGI FAMILY SAFETY yang sangat menarik ini.

image

image image

image

Dengan gabungan GPS serta kecanggihan telefon pintar masa kini , menjadikan aplikasi Digi Family Safety wajar ada dalam setiap telefon pintar semua orang ! Ianya dapat memantau setiap penggerakkan orang terutama yang tersayang , setiap saat  ! Dan ini akan mengurangkan rasa risau terhadap insan tersayang terutama anak anak kita.  Ditambah lagi dengan data internet sekarang ni , semakin murah. Tiada alasan lagi untuk tidak ‘berhubung’ dengan keluarga tercinta !

Menariknya aplikasi ni, seperti yang aku beritahu tadi ialah penggunakan map dan juga GPS. Kita boleh pantau mereka dan lihat mereka dengan lebih tepat dan terperinci di mana mereka berada. Jika anak kita melancong ke luar negara bersama sama rakan.. kita tau di mana mereka berada ketika itu.. Diorang tak perlu bagitau dah ! Menarik kan ?

Ok.. Aplikasi ni ada dua pilihan. Yang pertama FAMILY SAFETY BASIC ( FOC ) yang mana membenarkan pengguna ;

  • menghubungkan sehingga 2 anggota keluarga; 
  • memantau lokasi anggota keluarga pada bila bila masa ; 
  • check in lokasi seperti bila anak anda tiba di sekolah atau isteri di pejabat ); 
  • mampu cipta sehingga 2 Safety Areas untuk dapatkan automatic geofencing alerts;
  • mampu melihat aktiviti seharian ahli keluarga kita ;
  • Pantas menghantar amaran kepada semua ahli keluarga dengan menekan Panic Alert ;

Dan satu lagi pilihann ialah  Family Safety Premium (RM5/month);

  • mampu menghubung sehingga 7 telefon , tablets or wearables and add all your family members;  
  • kawalan serta sekatan panggilan telefon dan jika kehilangan telefon , aplikasi mampu menyekat serta mencari lokasi telefon ahli keluarga yang didaftarkan.

Haaa.. Apa lagi ? Download laa.. Sekarang tiada alasan lagi untuk membiarkan orang tersayang ‘ keseorangan ‘ serta kita menjadi lebih rasa bertanggungjawab dengan memantau mereka walaupun dari jauh jauh. Ditambah lagi dengan  harga data internet lebih murah sekarang , keselamatan adalah satu keutamaan !

You May Also Like

16 comments

  1. X paham dia hubungkan lagu man dgn hp dan anak.

    BalasPadam
  2. @Shiqeen Sattar si anak kena install dan si penjaga pon kena install.. maka boleh nampak kedudukan sesama sendiri.

    BalasPadam
  3. Mujur julia pengguna digi untuk call...internet je guna umobile...TQ ben share...ok nak donload

    BalasPadam
  4. kena on location la sentiasa kan ben? sedut bateri laju tak? hehe...kita pakai hp cokia je..

    BalasPadam
  5. anak belum ada hp sendiri lagi, tapi akan take note this for the future. Tq for the info :)

    BalasPadam
  6. means untuk pengguna digi je ke mcm mne ?

    BalasPadam
  7. Parents boleh pantau aktiviti anak dan jika berlaku sebarang perkara, boleh track guna ni. Menarik!!!

    BalasPadam
  8. ohh maksudnya dua-dua kena install..memudahkan juga

    BalasPadam
  9. Menarik nie..tapi kena pakai line digi je ke Ben?

    BalasPadam
  10. Bagus ni... Kena download... Leh tahu mana laki pergi... Hehehhe

    BalasPadam
  11. ok anak tak pandai tengok lagi. So boleh install kat My Hero lahhh..

    BalasPadam