Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 29 September 2016

Cabaran bermula..

 

image

Menjaga anak sambil mencari pendapatan sampingan membantu keluarga.. Eh , membantu ? Aku suami.. bukan ‘membantu’ sebaliknya ianya adalah keutamaan ! Hurmm..

Ok.. ketika Qhaliff lahir dulu , aku terfikir camana nak gi kerja tanpa Qhaliff ! Aku dapat jalan keluar. Orang tua aku ada. Mak dan ayah aku leh tengokkan..

Zahra muncul. Masalah masih boleh diatasi namun ayah aku tidak begitu sihat dah ketika ni. 2 tahun lepas , ayah ada kanser dan dah pon jalani rawatan. Alhamdulillah.. Anak anak , mereka jaga.

Aariz muncul. Kali ni segalanya berbeza. Mak pun dah tak beberapa sihat. Ayah apatah lagi. Dah tak boleh bangun dari katil terus.Kansernya semakin teruk. Pada siapa aku nak bergantung harap andai aku ada kerja luar nanti ?

Hari ni aku ada kerja luar. Kena gi Damansara kemudian ke Putrajaya. Qhaliff dan Zahra camana ? Aku bawak Qhaliff.. Zahra akan ‘ganggu’ ibunya. Asyik suruh dukung jer.. Kalau aku bawak Zahra , sepanjang hari Qhaliff akan bertanya..

Kenapa daddy tinggalkan Qhaliff ? “. Soalan sedih membuatkan aku rasa menyesal atas tindakan aku , sepanjang hari ! Bijak main psikologi sungguh budak ni.

Sekarang wife masih dalam pantang.. Nanti abis pantang , camana ? Dia pon kerja.. Budak budak ni nanti camana ? Bila aku ada kerja luar..

Hurmm..

7 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Insya Allah semoga dipermudahkan urusan. DIA pasti tolong jika kita mintak tolong.

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

insyallah boleh tu

yoorin melacolea berkata... [Reply to comment]

moga dipermudahkan urusan abg ben...berat tanggungjwb tuu.. orang luar nampak remeh..tp kita yg hadapi.. jadi housewife pon penat ..hehe

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Insyaallah ada jalan punya, jangan risau bila masa tu dah tiba nanti mesti ada penyelesaian...

antalya berkata... [Reply to comment]

cuba cari taska/daycare kat area rumah situ ben. byr ikut hari.

MaQnie Rokani berkata... [Reply to comment]

Cuba cari khidmat pengasuh harian kat area tmpat tinggal , mungkin cara ni dpt mmbantu , sekarang ada pengasuh cas kira hari/jam . Bukan fulltime .

Iza Fiza berkata... [Reply to comment]

insyaAllah semoga dipermudahkan abg ben. cari ngasuh yg boleh bayar perjam.masti ada kt kejiranan abg ben tu.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI