Dan nama adik Zahra..

 

image

Muka lembut. Cam abang dia. Tak leh letak nama keras. Risau ‘berat’ untuk dia nanti. Ada beberapa nama yang aku nak sebenarnya.. seperti Muhammad Hafeez Iman , Muhammad Danial Iman , Muhammad Qhalish Iman , Muhammad Izz Iman dan beberapa lagi tetapi wife tak beberapa berkenan.

Ada satu nama yang aku pernah sebut kat dia tapi aku terlupa dah nama tu. Dan tadi dia ingatkan aku akan nama tu. Hehehehe.. Yes ! Memang nampak sesuai dengan diaa.. Muka lembut tapi semangat kuat ! Yesss ! Khamis depan aku gi daftar nama dia kat JPN Putrajaya.

Hurmm… Cakap pasal nama , teringat kes Qhaliff dulu. Waktu tu aku nak letak nama dia , BEN QHALIFF IMAN. Tapi ketika aku nak gi daftar nama dia , beberapa peristiwa berlaku dan menyebabkan aku terfikir kembali ! Bayangkan hanya untuk gi daftar nama dia , aku amik masa 3 hari ! Memang macam tak kasi je guna nama tu ! Huhuhu.. Bila aku nak daftar dengan nama Muhammad Qhaliff Iman , segalanya jadi mudah sangat dan selesai dalam masa sehari jer ! Zahra Nur Iman , takda masalah. Cepat selesai.

Dan adik diorang ni.. apakah dipermudahkan juga? Moga segalanya mendapat keredhaan dari Allah.

Oh.. nama dia ? Muhammad A….. Iman ! Hehehehe.. InshaAllah…

5 ulasan:

  1. Aliff? Arif? Aiman? Mari meneka...

    BalasPadam
  2. Alahai suspens nak tau nama hahahhaa

    BalasPadam
  3. Nak teka lagi lah.

    Ammar , Akmal , Aliff , Arif , Aqif , Aqil , Aidil , Ariq , Akim , Awal , Ashraf , Amal , Aqril , Amin , Aqwa , Azrif, Azhael, Akram hehehe

    Agak2, ada yang terkena tak . Huhu

    BalasPadam
  4. Mari meneka..

    muhammad Ajib iman ke..ekekek

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.