Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 30 September 2016

Kejadian ngeri setiap malam !

 

Aku tak dibenarkan tidur bersama Aariz ! Sian Aariz.. Aku kena tidur bersama sama hero dan heroin rumah ni, Qhaliff dan Zahra. Kena tidur tengah tengah dan tangan didepakan ! Nak berlengankan tangan daddy. Huhu.. Aku tak tau la camana nanti kalau aku outstation lama lama..

Menariknya.. bila aku terlelap terlebih dahulu , si Zahra akan bersuara..

“ Abang , daddy sleep ! “.

Dia akan naik terus ke perut aku dan lompat lompat manakala si abang lak akan berusaha buka kelopak mata aku ! Aduhhh… Tuhan je la tau camana perasaan aku ketika ni !

“ Daddy , jangan sleep lagi tauu.. “. Amaran dari Qhaliff.

Geram.. aku pura pura tidur kali ni. Dan Qhaliff memanggil adiknya kali ni ! Terus bukak mata ! Tak berani nak tunggu diorang melompat atas perut aku.. Aduhhhh.. Bikin hot sajaa duorang ni..

image

Siangnya, dua dua .. cukup tidur ! Aku yang tidur lewat , bangun awal.. memang mengantuk punya laa ! Huhuhuh.. Rasa cam nak larikan diri je dari rumah.. ahahaha.. tak tahan kena dera ngan diorang berdua ni..

3 komen :

Safiyah berkata... [Reply to comment]

hehehe... mcm2 ragam ye.. tggu la nnt si adik kecik pn cerdik skt.. sure ape yg abg kakak buat dia follow.. seperti lompat2 kt atas daddy dia.. hohoho

BELAJAR BAHASA berkata... [Reply to comment]

ketakutan anak sering di luar dugaan

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

bertabahla..nampaknya macm dah tak sado je..hahaa

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI