Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 26 September 2016

Sayang kasut atau sayang kaki ?

 

“Sayangnya kasut..”.

Ada satu komen dari rakan dunia maya pada gambar aku ke Xcape Resorts Sg. Lembing , baru-baru ni.. Aku senyum jer. Memang sayang laa.. Betul katanya tu..

image

Kasut ni , aku beli untuk jogging dalam rumah je. Hehehe… Tapi kemudian , aku gunakan untuk jogging di luar rumah.. Kenapa ? Sebab keselesaannya membuatkan aku nekad menodainya dengan kekotoran di luar sana.

Sayang wooo..  Maklumlah , kena ikat segala usus , hati dan buah pinggang untuk membeli kasut ni..

Image result for ben ashaari kasut baru

Tapi selepas melihat seorang rakan ‘derita’ sakit tapak kaki , aku merasakan kaki aku ni lebih bernilai dari kasut yang aku beli tu.. Duit leh cari kan ? Tapi kalau kaki sakit , nak cari duit susah.. kan kan ?

Sejak tu , aku nekad tak nak kedekut pada tubuh badan aku ni. Bukanlah nak kena beli barang mahal mahal tapi kena hargai tubuh badan .. setiap anggota sebelum kembali ke pemilikNYA.. kan kan ?

Maka aku nekad.. redahkannya ke dalam sungai. Nak melihat ketahanan kasut yang dikatakan berkualiti ni.. Ternyata memang tahan lasak laa.. Tak melecet pon kaki aku walaupun tak pakai stokin sewaktu meredah denai denai atau trek untuk ke Rainbow Waterfall di Sg.Lembing.

Sampai ke dalam sungai aku bawak masuk kasut ni , untuk mengejar pelangi ! Hehehe..

image

 

Dan Alhamdulillah , aku selamat tiba di rumah.. dengan selamatnya. Kasut ok , kaki pon ok !

6 komen :

anis abdullah berkata... [Reply to comment]

Kasut jenama Aasics memang terbaik. Tapi kita tak sanggup lagi nak rendam dia dalam air..

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

takpe..lepas ni beli kasut lain..hehee

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Hahahah betul

Jie Susanos berkata... [Reply to comment]

Haha..nampak lasak ksut ni..

Xpe jnji puas join aktiviti tu..

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

mestilah sayang kaki, tapi lepas ni pun boleh beli kasut baru.

Ayumieka berkata... [Reply to comment]

wowww macam cerita musang berjanggut... redah sungai pakai kasut.. huhu...
tapi cantik laa color kasut tu.. :)

bila cerita tentang hal ni, teringat satu kes dulu... kerana mug percuma (beli ubat gigi dapat mug) pecah, ada orang sanggup marahkan budak kecik beria2... padahal apa yang lebih penting budak tu selamat sebab tak kena serpihan kaca...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI