Aariz , menjangkau setahun usia !

by - Selasa, Julai 25, 2017

Cepat masa berlalu... Aariz dah boleh bermain bersama Qhaliff dan Zahra. Nasib baik abang dan kakak dia pandai melayan dah sedar yang adiknya masih 'baby' maka tidaklah terlalu kasar bergurau. Cuma Zahra je payah sikit.. dia punya 'harta' jangan kacau bila bermain. 
Dah boleh bertatih... melangkah dengan penuh gembira. Seolah olah tak sabar lagi nak berlari lari bersama 'gengnya'. Berpeluh ketiak aku nanti. Sekarang ni pon Zahra saja pun payah nak kawal. Kalau tak didukung , dia akan berlari sesuka hati dia.. takda rasa takut.
Motor skills ? Hurmm.. Aariz ? Cemerlang ! Hahahaha.. abis semua dia nak 'rampas' dari aku. Tak dapat , leh marah dia ! Cengih gak walaupun gemar senyum.. Hurmm.. Tidur siang  sekarang tak macam dulu.. dua jam je dah jaga ! Tak sempat nak update blog.. Yelah , nak cari idea tuuuu.. bukan semudah ABC.. Bila dah ada idea , anak pulak dah jaga dari tidur ! Huhuhu.. Redha je la.. 
Entah kenapa.. aku dapat rasakan yang Aariz ni lagi nakal dari abangnya , Qhaliff ! Kalau pandang je dia , terus dia senyum.. seolah olah ada menda dalam pikiran dia yang dia nak bikin ! Huhuh.. Moga membesar bagai johan ye , sayang ! 

You May Also Like

7 comments

  1. Qhaliff sendiri...zahra melihat Qhaliff...Aariz melihat Qhaliff dan Zahra...

    BalasPadam
  2. Moga Aariz membesar dengan penuh kasih sayang daripada ibubapanya dan adik-beradiknya dengan bagaikan tatang minyak yang penuh (sempurna).

    BalasPadam
  3. Aariz ni nampak mature dan bijak.

    BalasPadam
  4. dah besar dah aariz, kakak mimin belum sempat jumpa aariz. ninsyaAllah one fine day aehh aariz jumpa kakak.. kihkihkih

    BalasPadam
  5. Happy 1st Birthday Aariz! Moga membesar jadi anak soleh :)

    BalasPadam
  6. semoga membesar menjadi anak yang soleh aariz

    BalasPadam
  7. semoga membesar dengan sihat dan bijak

    BalasPadam