Zahra nak pergi sekolah tapi aku tak kasi ! Kenapa ?

by - Khamis, Julai 20, 2017

Zahra , tahun depan 4 tahun. Perkembangan dia sebagai seorang adik kepada Qhaliff dan kakak buat si Aariz , ternyata lebih pantas. Petah berkata kata.. ajar bercakap pon dia nak ikut. Malah sibuk nak ikut sama belajar  tiap kali aku nak mengajar Qhaliff.
Hurm... nak je aku sekolahkan dia tahun depan. Tapi bila aku memandang Aariz , kesian kat dia. Keseorangan dia nanti. Buat masa sekarang , Zahra rajin melayan dia. Bangun je tidur , nampak adik dia dok sebelah dia.. terus ceria. Kalau si Aariz ganggu dia pun , dia tak marah. Berbeza kalau Qhaliff yang ganggu Zahra.. terus menangis dan mengadu..
" Abang buatttttsss... ". Yer , ada S ! Banyak perkataan yang keluar dari mulut Zahra mesti ada S ! Mana dia dengar pon aku tak tau.. hahaha.. tapi melucukan la kata kata dia tu. Cuma sian kat Qhaliff je tiap kali kena tuduh gitu ! 
Zahra layan adik dia.. baik sangat ! Cam bff gitu. Takda nak garang pon.. 

Tu sebab utama. Sebab keduanya , kos pembelajaran dah naik ! Berpeluh gak la kan.. Yelah , aku bukannya ada kerja tetap. Job job dari blog pun bergantung pada ekonomi dunia. Kalau cantik , ada la rezeki untuk aku. Kalau tak ? Hurmm... Setakat ni mampu bayar lagi la. Tahun depan , tak tau lagi apa cerita. Ditambah dengan kenaikkan insurans. Aku nak cover untuk 5 orang ! Perghhh.. cecah sebulan gaji aku masa kerja sebagai guru sandaran dulu. Tengah fikir gak.. aku nak batalkan aku punya jer. Letak je anak anak. . hurmm..
Nampaknya kena kerja keras lagi pasni ! 

You May Also Like

9 comments

  1. selamat pagi
    singgah pagi :)
    macam2 gelagat anak2

    BalasPadam
  2. Betul tu, kos hidup sekarang membataskan segalanya. Tapi Insya Allah rezeki anak² tu pasti ada.

    BalasPadam
  3. Tak pe...kat rumah pun boleh ajar zahra...buat homeschool..boleh ajak anak anak orang lain sekali..wah seronok...hihi

    BalasPadam
  4. Baiknya zahra layan adik. Lembut je ..terserlah sifat ayu lembut seorang kakak

    BalasPadam
  5. Sampai masanya Zahra akan ke sekolah juga...masa tu mesti Aariz kawan dengan daddy..ke Aariz dah jadi abang..eh...amin.

    BalasPadam
  6. Risau gak ni dgn ekonomi sekarang x menentu.

    BalasPadam
  7. nampak sgt kakak protective tu hehhehehe

    BalasPadam
  8. tadika kemas ok apa.. tapi utk 5tahun ke atas kot

    BalasPadam