Tak boleh 'charge' telefon pintar di dalam kereta ??
Macam tak kena je ayat aku tu.. boleh mengundang isu gak ni ! Hahahha... Nak charge , charge je la.. guna powerbank ke.. guna la apa sekali pun tapi jangan guna adapter yang disambungkan pada kereta tu melainkan memang dah disediakan port khas untuk charging !
Haaa... Yeke tak boleh ? Aku guna Nissan Livina dari dah nak masuk tahun ke 5. Setiap kali aku pandu kereta tu , aku charge.. Takda masalah timbul pun ? Ada yang kata tak boleh sebab voltage dia lain.. Hurm.. Wallahualam.
Tapi hari ni , sesuatu berlaku pada aku. Aku guna Perodua Bezza. Aku charge Sony Xperia XZ aku. Terasa panas di port usb tu. Dan berbau hangit. Cepat cepat aku cabut.. dan kabel usb tu berasap ! Panas sungguh. Melecur ibu jari aku !
Fuhhh... giler laaa ! Kalau aku tak sedar tadi , tak tau laa apa nasib aku sekeluarga ! USB kabel aku beli ni bukan tepi jalan punya. Memang harga pun cantik ! Apakah sebabnya jadi begini ? Ok.. aku tak kata sebab kabel atau sebab kereta. Cuma aku nak tekankan di sini , banyak kes dah berlaku.. macam macam dan faktornya pon ada macam macam. Maka sebaiknya , sila berhati hati. Kalau charging handphone tu , sila jauhkan dari manusia lain. Haaa... Sewaktu tidur kalau nak charge , utamakan keselamatan.
Ini berlaku pada aku sendiri. Aku rasa tak nak sabitkan itu barang tiruan atau original. Kalau nak berlaku , tak kira dah.. Yang penting , kena utamakan keselamatan. Fikir berkali kali sebelum melakukan apa saja yang boleh mengugat nyawa korang.
7 comments
Nasib baik cepat perasan... Sampai terbakar jadinya... Memang membahayakan
BalasPadamBahayanyaa..
BalasPadamRisau pulak. Kalau kat rumah, aku selalu caj bila nak tidur. Bangun tidur baru disconnect.
BalasPadambahaya sungguhh hukhuk
BalasPadamUishhh bahaya ni. Sebab tu saya jarang nak charge handphone guna port dlm kereta tu, risau jadi camnilah.
BalasPadamtapi banyak aku jumpa artikel omputeh kata kena stop charge dalam kereta.
BalasPadamsisadiq.wordpress.com
"Ia harus Perodua Bezza jika saya mahu membeli kereta baru
BalasPadam"