Bila pakcik makcik marah anak-anak buahnya..

by - Rabu, Julai 12, 2017

Masih dalam kehangatan Aidilfitri. Banyak rumah terbuka dan masih ada sanak saudara dan sahabat handai datang mengunjung. Bila dah ramai ramai datang ni , macam macam la perangai boleh jumpa terutama anak anak yang belum cukup akal.. kan kan ?
Yang pastinya , paling pening ialah tuan rumah... heehehe.. Teringat kisah sorang chef tu. Dan aku sendiri pon , baru baru ni balik ke kampung wife nun di Kelantan. Anak anak buah belah dia tu, leh tahan gak memasing. Tengah membesar tapi dengan aku , diorang takut. Acik Beng garang ! Hahahaha.. Aku jegilkan ajaa.. Yang geng anak dara , segan ngan aku. Mesti sebab Acik Beng hensem.. kan ? Hahahaa.. Yang hero hero ni je laaa.. Bila bergabung , Voltron pon leh tumbang ! 
Panjang mukadimah ni.. hahaha.. Isunya satu jer.. Kalau ada anak anak tu yang 'over' dan tak nak dengar cakap , wajarkah kita ni sebagai pakcik dia sekadar... geleng kepala atau , naikkan aja tangan! Yelah atau niat mengajar atau mengelakkan dari sebelum berlaku insiden yang tak sepatutnya ! 
Ada parents tak leh terima anak dia kena marah apatah lagi kena 'sentuh' ! Hanya diaorang je layak. Orang lain walau ada talian darah sekali pun , dilarang sentuh ! Hurmm.. Camana tu ? 
Anak aku.. camana ? Boleh tak marah dia ? 
Aku mudah jer.. Selagi atas niat mengajar dan mendidik.. ok je ! Biar diorang takut sedikit dengan pakcik makcik dia. Jangan pijak muka ! Budak sekarang ni , ada yang berani pijak muka dah orang orang tua. Hilang hormat. Tapi nak mengajar pon.. jangan la sampai tahap berbekas gitu.. serahkan pada mak ayah je part tu. Kasi tau.. apa isunya.. kan kan ? 
Aku punya style senang jer.. Kalau aku tegur tu, aku amik berat. Kalau aku dah tak tegur.. aku buat tak tau.. lantak pi laaa apa nak jadi ! Nak terlingkup kaaa.. nak tergolek kaaa.. Jangan cari aku dah ! Hahahaha.. Aku pakcik yang sempoi. Sapa baik ngan aku.. dia cukup makan ! Hahahaha.. 

You May Also Like

1 comments

  1. Macam saya jugak, tak kisah mak atau pak sedara depa nak tegur, marah atau pukul anak saya kalau mereka buat salah. Janji tak keterlaluan dan memudaratkan anak saya.

    BalasPadam