Banyak rumah terbuka hujung minggu ni ? Pastikan anda bawa bersama..

by - Selasa, Julai 04, 2017

Awal Aidilfitri ari tu.. aku makan banyak ! Lemang, ketupat , nasi impit , kuih , biskut raya.. rendang , sambal dan apa jua yang ada atas meja aku sauk tanpa belas kasihan. Kesannya selepas tu... aku ke rumah kawan aku di Puchong dalam keadaan perut yang tidak selesa sangat.  Dia punya rasa cam angin tak lepas keluar ! Sakit belakang badan.
Ketika tu , aku cari air panas. Tebalkan muka mintak air kopi dengan harapan , pastu akan ok la ! Tapi sayangnya tidak sama sekali. Kawan tu offer ENO tapi aku tak nak. Aku rasa aku tau apa penyelesaiannya. 
Balik rumah.. aku terus cari lemon. Hiris beberapa bahagian pastu letak dalam bekas air dan isi dengan air panas suam. Biarkan seketika , pastu... minum ! 
Buat pengetahuan korang, dulu aku rajin minum setiap kali sebelum tidur dan bangun awal pagi. Banyak kesan positifnya. Aku belajar masa pergi The LifeCo , tahun lepas. Yang pastinya , perut kita banyak asid perlu dilegakan. Lemon dan air alkali adalah antara penawar terbaik ! 
Apa yang berlaku selepas aku minum air lemon tu ? Alhamdulillah.. lega sangat  Terus keluar angin non stop ! Lega sangat sangat. Pastu rasa lapar kembali. Tapi , tak dah berani nak makan macam macam.. hehehee.. 
Nasihat aku.. korang sediakan sebotol air lemon dalam kereta bila gi open house nanti. Bila dah makan macam macam , minum air lemon tu untuk legakan perut tu.. Haaa.. ni alternatif je tau ! Kalau korang melantak cam piranha , aku tak pasti la menjadi ke tak... heeee.. Tapi sebaiknya , sediakan la la kan.. kann.. heee..

You May Also Like

4 comments

  1. Saya memang suka bawak bekal air kosong ke mana sahaja. Kurang minum air manis ni.

    BalasPadam
  2. Saya standby air masak dalam beg... sebab jarang orang sediakan air suam masa open housekan?!

    BalasPadam
  3. fuhhh aku boleh bayangkan angin yang keluar non stop tu...memang melegakan sangat....

    BalasPadam