Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 17 Oktober 2016

Pelajari program Detox sebenar di The LifeCo Phuket.

 

Pengalaman

Aku bersenam dari usia 22 tahun. Dan pada masa sama , aku cuba ‘berdiet’ untuk membuang lemak lemak yang ada dalam tubuh badan aku ni. Ketika tu , kalau tak silap aku.. aku dah mula boroi ! Seluar ketika tu dah cecah size 34 ! Adeh.. ni semua gara gara makan makan makan ! Gaya hidup yang tidak sihat sama sekali !

Baca buku.. tanya orang.. dan amalkan senaman setiap masa ! Namun masih gagal untuk membakar lemak lemak terutama di pinggang dan perut ! Arghhhh.. stress betul ! Bersenam betul dah tapi yang salah ialah cara pengambilan makanan ! Yang ni kena betulkan.. Dan bukan mudah nak betulkan sebab dalam otak dah set..

Hari hari wajib makan nasi dan ayam ! “.

Peluang untuk membetulkan cara hidup pemakanan aku serta menghilangkan tekanan hidup yang membelenggu aku selama ini , muncul depan mata !

The LifeCo Phuket

The LifeCO PHUKET telah memperbetulkan diri aku ! Segalanya bermula pada minggu lepas ( 11/10/2016 ) , aku bersama rakan-rakan blogger ke Phuket untuk ke The LifeCo cawangan Phuket. Untuk pengetahuan , The LifeCo ni ada di Turki dan Phuket adalah cawangan mereka yang pertama.

Untuk apa ? Untuk mengalami pengalaman yang tak pernah langsung aku impikan tapi aku nak sangat laluinya ! Berdetox dengan cara yang betul serta membersihkan organ-organ yang lama sangat bekerja tanpa berehat dengan betul , antaranya usus serta hati ! Hati kalau tak bersih , maka penyakit akan mudah berjangkit.. Dan itulah yang aku sebelum ni ..

Bayangkan aku yang mudah stress dan asyik urut dahi dan selepas menjalani proses detox yang betul , aku dah tak mudah stress dan rasa segar sangat !

Dan The LifeCo Phuket telah mengubah gaya hidup aku !

DETOX untuk kurus ?

image

Kena faham yer.. Bukan tak boleh makan makanan cam di atas ni tapi kena amik tau cara pengambilan makanan seimbang dan bila perlu kena detoxkan badan kita. Ramai cakap diet tapi bila makan , dijadikan loji pembuangan sampah perutnya itu.

Detox ? Apa tu ?? Detox berasal dari perkataan Detoxification atau Menyahkan Toksin tertentu dalam badan kita. Toksin mampu merosakkan tisu atau tubuh badan kita.

Sila baca dan pahamkan..

image

Hari Pertama di The LifeCo Phuket

Secara jujurnya , seronok dapat gi Phuket ni. Tak jauh beza dengan negara kita tapi macam ada ‘something’ jer kat sini. Aku tak fokus nak cari makanan sedap sedap sebab dah tahu hala tuju ke sini..

Dijemput oleh staff The Life Co Phuket sejurus kami mendarat di Phuket ni. Takda masalah part ni sebab memang mereka dah tunggu awal lagi. Segalanya dalam perancangan.

Dari airport ke The LifeCo Phuket ni , tak jauh pon. Dekat jer cuma kalau nak jalan kaki sambil usung beg tu , memang idok le kan… Cari pasal namanya tu ..

Masuk je resort The Lifeco Phuket ni , terasa satu kedamaian. Memang menenangkan kat sini. Bukan tepi pantai tapi suasananya memang cukup merilekskan. Aman jer rasa. Dengan kicauan burung.. kehijauan dan takda langsung la bunyi lagu lagu yang membingitkan !

Kami diperkenalkan dengan staff yang bertugas. Mereka peramah sekali. Dan kemudian diterangkan tujuan kitorang ke situ sebelum di bawa mengelilingi kawasan setempat.

image

Kemudian kami diberi air detox pertama kami. Tak sabar nak minum. Nampak macam jus oren tapi bila masuk ke dalam tekak , memasing jegilkan mata ! Hahahahaa..

Air apa ni ??  Nanti aku cerita dalam entri yang lain , eh !

image

Bau pelik tapi edap ! Cuma terfikir.. cukup je ke air ni ? Huhuhuh.. Tak pe.. kang malam ada makan malam .. Moga ada ayam atau ikan.. hehehe..

Kemudian semua masuk bilik. View memang cantik la.. Tak dinafikan memang cukup best kat sini. Sesiapa yang stress , memang sesuai di sini.. Tapi tak semestinya stress yer. Kat sini ada juga pesakit kanser ! Mereka yang disyorkan ke sini biasanya ada penyakit yang kronik dan memerlukan rawatan cara alternatif.

image

image

Letak beg.. mandi.. solat. Pastu turun bawah. Nak ronda ronda dulu kawasan setempat dengan basikal. Dan plannya , nak gi pantai dengan basikal jer. Kononnya nak adventure la.. hahahaha.. Tapi dibatalkan selepas 10 minit mengayuh basikal.

Best.. memang aku rasa rileks dah. Lupa terus masalah masalah yang membelenggu aku selama ni.. buat sementara !

image

Balik dari berbasikal.. jam dah nak menunjukkan 7 petang. Makan malam ! Yesss.. Tak sabar dah ! Penat dan lapar !

Menanti di ruang makan yang cukup cantik dan cool tu , masing masing mengambil gambar persekitaran.. Dan makanan pon tiba..

image

Ini jer ??? Camana aku nak gi gym dan berenang kalau ini je makanan aku untuk malam ni ??? Mampukah aku hidup untuk  3 hari lagi kalau ini je makanan aku ?? Adehhh..

image

Makan.. dan masuk bilik.. Solat pastu… tidur ! Secara jujur aku cakap.. tidur aku tak lena sebab tak cukup makan ! Tapi alhamdulillah , aku dapat bangun tidur sebelum subuh menjelang.. Dan menariknya , aku tak rasa penat atau tak cukup tidur walaupun aku tak lena sangat !

Pelik ? Mulut pun tak berbau sangat sebelum gosok gigi ! Kenapa ? Sebab makanan ! Haaaa.. nanti aku cerita pasal ni eh. Syok wooo.. rugi la sapa yang tak reti amik kesempatan ke tempat gini terutamanya mereka yang ada stress !

Yang pastinya.. aku tidur tak dengkur kuat sangat ! Dan aku rasa kerana faktor persekitaran dan juga makanan yang aku makan malam tu … yakni salad !

Fuhhhh.. nanti sambung..

9 komen :

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

tak sabar nak tunggu next episod.. hehe

mas saari berkata... [Reply to comment]

kalau dapat peluang memang nak sangat pergi.. menarik utk lebih amalkan kehidupan sihat!

Yanty Lee berkata... [Reply to comment]

Wow.. nnt leh follow tips detox korang..

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

menarik tempatnya.. best nya kalau dapat pergi..

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

perkongsian yang sangat menarik ben...tak sangka Phuket menyediakan aktiviti terbaik sebegini...dengan permandangan yang cukup menarik plus dapat detox dan ajar diri utk makan secara sihat...mesti usus bergembira disana...hadiah terbaik utk diri

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

healthy lifestyle

Mera Hussain berkata... [Reply to comment]

Bestnye... Terasa nak mendetoxkn diri jugak tapi tak sure mampu ke tak. Hahaha

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

terbaik...best nya

Rozita Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

nak pegi jugak kalau dapat... bukan senang ada masa untuk "me" time macam tu... bestnya la.. makanan sihat aktiviti sihat.. persekitaran pun sihat..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI