Duit boleh dicari tapi..
Aku selaku ketua dan juga founder komuniti blogger #KBBA9 , mengetatkan syarat.. yang dah beberapa kali digubal demi mengimbangi antara minat dan juga kewajiban. Sebenarnya dah beberapa kali dah tapi agak payah nak ikut... hurmm.. Tapi nampaknya kali ni , nak tak nak.. sila ikut termasuk aku jugak !
Apakah syaranyat ? Selepas ni , group whatsapp akan automatik 'offline' bila jam 12 malam. Dan kembali 'online' pada jam 6 pagi. Cukup cukuplah dengan 'kerja' di media sosial tu. Cari banyak mana sekali pun , takkan cukup jika ada yang 'tercicir'.
Aku perasan.. serius... Qhaliff dan Zahra.. tiap kali kalau aku fokus pada handphone , mesti diorang cuba tarik perhatian aku. Bila gagal apa diorang buat ??? Diorang mintak juga tablet diorang. Hurm.. Kena ubah dah semua ni sebelum terlambat. Walaupun aku tumpu pada kerja sebenarnya tapi serasa macam.. hurmm...
Ok.. aku bagitau wife.. selepas ni , selagi budak tak tidur.. handphone kasi letak atas meja. Kalau nak tengok , boleh.. sesekali dan jika ianya penting sangat sangat... baru jawab ! Bukan apa.. aku tengok Qhaliff dan Zahra dah mula pandai soal macam macam perkara dah. Sebelum aku kena soal dengan soalan yang menikam jantung aku , lebih baik elakkan ! Huhuh..
Bukan apa.. aku tak nak satu hari nanti.. anak anak aku tuding jari pada aku.. Ni semua daddy punya salah ! Asyik cari duit , duit , duit ! Hurmm .. dan aku salahkan kerajaan lak ! Yelah , daddy cari duit sebab kos sara hidup tinggi.. nak bayar cukai , cukai , cukai ! Dah la BRIM tak dapat ! Acaner tu ? Daddy bukan bekerja pun.. duduk rumah jaga korang jer ! Haaa.. Acaner tu ? Takkan aku nak jawab gitu ! Sungguh tak bertanggungjawab la kan aku gitu ? Haaa..
Maka.. aku dan wife bersetuju.. seperti maka yang aku katakan tadi. Sebelum terlambat !
7 comments
Duit boleh dicari tapi kasih sayang anak sukar dibeli gitu..
BalasPadamAlhamdulillah...betul sangat..sebenarnya bagi pasangan yang belum ada anak pun perlu hadkan penggunaan gadget...begitu juga bila balik kampung bersama keluarga..
BalasPadambetul tu ... lisa skrg tk leh nk handle little boy and budak2 dari bermain gadet siang malam . tunggu abah bersuara la baru budak2 takut... huhu
BalasPadamBila balik umah, saya sorok hp sebab tak nak anak ambik hp tu. Anak saya pun dah macam qhaliff dan zahra, s entiasa nak perhatian mummy dan daddy dia,kalau tak bagi perhatian, dia mintal la gadjet
BalasPadamAlhamdulillah pilihan yg tepat. Mama pun dh berpenyakit juga ni. Kesian si Syafi selalu gak Sia try tarik perhatian mama
BalasPadamSaya setujuu sangat2 dgn syarat baru hihi.
BalasPadamBagus buat camni, takdelah dok ngadap handphone je. Macam saya malam memang lepas pukul 8 akan offline, layan anak² dulu sebelum mereka tidur.
BalasPadam