'Respek' aku dengan cara Qhaliff..

by - Ahad, Julai 02, 2017

Perbuatan anak anak kecil kita , ada kalanya meniru mereka yang rapat dengan dia. Tak semestinya ibu bapanya saja.. Mereka bijak cuma belum mampu mengasingkan baik dan buruk. Tapi kita sebagai orang tua pula , jangan ego nak 'belajar' dari mereka. Ada kalanya , mereka menunjukkan satu sikap atau teladan yang kita tak sangka sama sekali ! 

 Gambar 2015
Qhaliff baru berusia 5 tahun. Tapi cara dia , dah macam 7 tahun. Aku perhatikan dia setiap kali dia berjumpa teman baru.. yang tak dia kenali. Dia pandai nak 'cucuk' jarum dengan cara tersendiri.. Hahahaha.. Dan mudah mesra. Senyum jangan cerita la.. Jauh mudah tersenyum berbanding aku yang senantiasa macam kematian kucing kesayangan ! Tapi ada awek cun nasihatkan aku jangan selalu senyum sebab kalau aku senyum , ramai lagi awek cun tergoda ! Ok , aku ada point untuk tidak senyum senantiasa ! Hahahaha.. 
Semalam , aku ke rumah kawan lama wife nun di Bachok , Kelantan. Qhaliff , ajak pergi Alamanda. Nak beli toys ! Huhh.. Kumpul duit kata aku. Maka , bila gi beraya ni.. dia suka laa.. dapat duit raya tapi sebenarnya dia bukan tau sangat pon. Dia dah ada RM5 ! Cukup untuk beli toys berharga RM100++ !!!!!! 
Selepas berkenalan dengan anak tuan rumah , yang jauh lebih tua dari dia.. Aku perhati cara dia.. dia nak try masuk dengan si abang tu.. Pada dia ada dua permainan yang baru dia beli di Mcdonalds. Dia main depan si abang tu..sambil baring baring ! Menunjukkan dia dalam keadaan sangat rileks dan santai ketika tu ! Amboi.. Si abang tak beberapa nak layan sebab dok tgk tv.
Kemudian aku panggil dia. Aku berikan handphone aku. Dia terus bukak game ! Dan duduk disebelah si abang ! Automatik dia berjaya tarik perhatian si abang ! Selepas beberapa ketika , dia pulangkan handphone. Sememangnya bateri phone tu tinggal sikit jer. Memang aku tak charge penuh. Saja... 
Yang menariknya , mereka berdua dah jadi geng. Boleh bermain bersama dah.. Tak putus asa Qhaliff ni dan mudah dapat kawan , di mana mana saja ! Walhal , sekarang ni dia suka 'kenakan ' orang pada awalnya namun senyuman dia menampakkan dia sekadar bergurau !! Hahahaha.. 
Makin bijak.. makin nakal ! 

You May Also Like

7 comments

  1. Semoga Qhalif menjadi ank yg soleh

    BalasPadam
  2. bila anak2 ni dh pndai bergaul dgn org insyaallah mudah urusan die nnti..amin

    BalasPadam
  3. Hahaha ada rm5 tapi berangan dan boleh beli mainan rm100, sama ngan si kembar ni hahaha

    BalasPadam
  4. Hihihihiii Qhaliff si budak bijak nie. Banyak idea untuk bergaul dan mudah mesra. Tak sabar nak jumpa Qhaliff..

    BalasPadam