Daddy ' sentap' !

by - Rabu, Julai 05, 2017

Selepas Qhaliff berjaya dapat 'Ultraman X' yang bernilai RM399 tuu.. dia mintak Transformers yang pakai topeng tu. Aku tak bagi. Bulan depan lak ! Dia tak meraung.. dia tak memaksa. Tapi dia hari hari cakap dengan lembut kat aku.. " Nak Transformers yang topeng tu... ". Aku tau mana satu sebab dia ternampak iklan di Astro. Sejak tu laa dia dok sebut nak. 
Mak dia tak kasi. Aku pun tak kasi. Baru sangat je beli mainan. Mahal gile lak tu ! Aku leh nikah anak dara dengan kos beli Ultraman X tu.. RM399 ! Lepas mas kawin weh !  Tapi aku tak nak.. biarlah anak anak gembira. Aku berkorban aja ! Huhuhuh..  Kononnya la. 
Bulan berganti. Seperti yang dijanjikan , dia tuntut. Haih.. nak tak nak , beli je la.. Bawak gi Alamanda , masuk Toys 'R' Us.  Dia pilih ' si lori' yang menjadi kegemaran ramai budak selain si 'kereta kuning'tu.  Harga , RM119. 
Lepas dia dapat , dia jadi anak paling dengar kata ! Huhhhh.. Dia usung ke mana saja dia pergi. 


Nak dijadikan cerita.. ketika aku baru nak keluar dari rumah.. nak gi Alamanda , tiba-tiba wife call. Terus aku patah balik ke rumah. Aku bukak pintu. Terdengar suara Zahra menangis. Qhaliff datang dan serahkan Transformers yang dia dapat pagi tadi , pada aku . Aku belek dan geleng kepala.. 
" Tak pe la.. nanti daddy beli lain yer. Esok kita gi beli. ". Terus Qhaliff terasa lega. Robot dia , Zahra tak sengaja terpijak.. patah tangan dia ! 
Teringat seorang rakan.. katanya dia sedang bergelut dengan masalah kewangan. Bukan dia seorang ..ramai lagi ! Dan aku.. hurm... tu pasal aku sedikit sentap tapi demi anak , aku tutup je la mata. Bagi aku , itu rezeki mereka. Bahagian yang aku dapat , ada juga bahagian mereka. InshaAllah , murah rezeki aku. 
Dan memang ada rezeki aku malam tadi.. Alhamdulillah.. Tak pe la.. sentap daddy sekejap je. Asal anak gembira dah la.. 

You May Also Like

5 comments

  1. betul...asal kan anak dah tak pegang gajet...berapa pun ai sanggup beli..hehe

    BalasPadam
  2. uishhhh rm119 patah camtu je.. apakan daya, demi anak-anak..

    BalasPadam
  3. rezeki si qhalif...muka happy sangat

    BalasPadam
  4. Bagusnya daddy...untung anak2 ben...harga mainan tu mmg leh buat julia fikir juta2 kali...hahahha

    BalasPadam
  5. Alaaa dah patah, mesti Qhaliff sedih!

    BalasPadam