Kelab Blogger Ben Ashaari #KBBA9 semakin bermanfaat ! - BEN ASHAARI

Kelab Blogger Ben Ashaari #KBBA9 semakin bermanfaat !

Alhamdulillah.. tercapai cita cita aku untuk memanfaatkan 'kepopularitian' aku di media sosial ni.  ' Kepopularan ' aku digunakan sebaiknya. Aku bukan mengejar kemasyuran dan diminta disanjungi tetapi nak gunakan 'anugerah sementara' itu untuk berbakti pada rakan rakan dunia maya dan juga pada masyarakat , negara amnya ! 
Ini terbukti dua sijil penghargaan yang #KBBA9 telah diterima pada tahun ini.. dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Lembaga Zakat Selangor. 

InshaAllah.. selepas ni akan diperbanyakkan lagi projek projek begini dan seterusnya membersihkan nama blogger di mata masyarakat yang mana dipandang senget oleh sesetengah pihak.. "Blogger ni kalau cerita kontroversi , mengarut , fitnah.. memburukkan orang .. diorang suka la ! "
Hurmm.. Kerana nila setitik.. kan ? 
Blogger tak pernah amik kerja wartawan ! Wartawan dan blogger , adalah dua kerjaya yang berbeza. 
Hehehehe..  Moga lebih ramai blogger buka mata selepas ini. Jangan kejar keuntungan semata mata.. kan kan ?

15 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.