Anak tak boleh bertutur dengan baik , apa penyelesaiannya ?

Ketika Qhaliff berusia 3 tahun.. aku selalu risaukan keadaan dia. Dia masih bercakap dengan bahasa Jerman dia ! Aku tengok nak kawan kawan dah mula bercakap dengan baik. Yang hantar ke rumah pengasuh , dah semakin matang. Hurm.. sepatutnya kalau mak ayah yang jaga sendiri , mesti lagi ok kan ? Kenapa tak pulak ? 
Kerisauan ini kekadang terjadi bila terlalu banyak membaca infomasi infomasi mengenai perkembangan kanak kanak. Baca tu bagus. Tapi kita lebih kenal anak anak kita. Kita tengok balik persekitaran anak kita. Di mana dia membesar. Dengan sapa dia bergaul dan bermain. Di situ kita leh tau dan nampak. Dan tindakan aku , aku kerap ke rumah mak aku. Di sana , ramai yang akan bermain dengan Qhaliff. Walaupun dia cakap pelat tapi dia berusaha untuk berkomunikasi.  Dari situ kita akan nampak perkembangan dia .. 
Sebelum dia masuk taska , dia masih lagi pelat. Aku senyum je. Cute apa ? Tapi kita jangan ajuk cara dia cakap. Kita cakap elok elok je ngan dia. Dan perbetulkan apa yang dia salah sebut. Ajar suku kata slow slow..
Dan 6 bulan dia berada di dalam taska , segalanya berubah ! Apa yang keluar dari mulut dia , umpama laser terus ke otak aku ! Banyak benar yang pedih pedih ! Huhuhuh..  Tindakan aku.. aku perlu atasi kekurangan aku sebelum dia atasi ! Kalau tak , lagi pedih aku kena ! 
Dan Zahra.. sekarang dah berusia 3 tahun lebih.. Percakapan dia jauh elok dari abang dia dulu. Kenapa ? Sebab dia ada 'abang' untuk berbual. Sebab tu dia cepat cakap. Dari situ dia belajar. 
Kesimpulan... cuba dedahkan anak anak kita dengan persekitaran.. Banyakkan bergaul andai dia jenis 'berdua dengan kita' . Banyak bercakap dengan dia tu ok dah tapi dia perlu gak 'geng' untuk berbual ! Heeee.. Yang penting , kita jangan kalut. Rileks sudah.. InshaAllah..

5 ulasan:

  1. Macam anak ema ni dah dua tahun 3 bulan, masih belum dapat cakap suku kata... cakap yang hujung-hujung jer..macam "mama' disebut "ma" macam "ayah" disebut 'yah".. tapi apa yang kami suruh dan minta dia buat..dia faham.

    Ni doktor KKIA minta pergi jumpa pakar atas sebab lambat cakap. Eh, perlu ke pergi?..macam masih awal lagi"..ermm, entahlah..

    BalasPadam
  2. Betul. Ank sy ms 2 tahun x boleh sebut 2 pkataan bsambung smpai dpt surat dari KK utk rujukan pakar.Doc bagi 3 bulan masa utk sy pbaiki.

    Sy baca info sana sini. Sy stop gadget n cuba bbual2...main lukis2...main teka binatang2 dan Alhamdulillah dlm 3 bulan dia dh boleh gabung2 ayat. Sekarang dh dkt 4 tahun mmg dia cakap bahasa baku dan penuh sebutir2...xde pelat dan pkataan singkat2 smpai org ingt dia dah 5 or 6 tahun

    BalasPadam
  3. betul kalau die pelat jgn kita ikut..kita ckp elok2..nnti diorg akan pnadai

    BalasPadam
  4. Betul tu, setiap anak perkembangan mereka berbeza.

    BalasPadam
  5. Anak saya yang sulung pun nak dekat 3 tahun baru boleh buat ayat.. pelat-pelat sikit tu biasalah..

    tapi adik dia sekarang umur 2 tahun 4 bulan dah pandai cakap, borak dengan orang.. betul lah ape yang abg ben cakap tu.. adik ni dia ada mentor.. sebab tu cepat cakap.. gaya cakap pun dah serupe abang dia.. hihi..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI