Isnin, 10 Julai 2017

Beri 'kata laluan' telefon pintar pada anak , satu kesilapan ?

Aku ada beberapa telefon pintar termasuk tablet. Baru baru ni , bertambah lagi satu koleksi telefon pintar. Sony Xperia XZ Premium. Lama dah aku tunggu 'kehadirannya'. Kenapa ? Sebab best giler kot ? Hahahaha...  
Sony Xperia X , aku berikan pada Qhaliff. Aku tak nak bagi tapi dia dok kacau telefon aku ngan mak dia. Sian gak asik kena marah jer. Dia berkongsi dengan Zahra. Huehehe.. Pandai pandai la diorang bergilir. Zahra layan Youtube. Qhaliff main game. Yer , aku pantau. 
Tapi dia semakin 'galak' lak. Tak leh berpisah tapi kalau ada kawan bermain , telefon tu dia letak tepi. Dia suka bermain dengan kawan lagi dari main phone... kekadang ! Kalau dia capai phone tu, bermakna permainan tu 'memboringkan' dia ! Hahahaha.. 
'Kegilaan' dia ni membimbangkan aku. Di rumah asyik nak main jer. Aku amik sorok , dia meraung. Ngan aku je dia berani buat. Ngan mak dia , tak berani ! Hurmmm.. 
Ditakdirkan... 2 hari lepas , Sony Xperia X dia tu.. tak leh on ! Aku rasa masalah bateri ! Aku 'takutkan' dia. Terus dia usik phone.. untuk beberapa jam ! Pastu mula nak kacau phone aku. Hehehe.. aku senyum ! Aku dah letak password ! Aku baru je letak kata laluan tu.. sebab ada beberapa kes yang berlaku pada phone aku , baru baru ni. Antaranya , aku tidur.. Zahra main sampai abis bateri ! Pagi tu , nak guna untuk kerja ! Dah tepuk dahi... 
Semalam, Qhaliff tak tahan dah. Dia suruh aku bukak masukkan kata laluan depan dia ! Hahahahaa... Dia ingat daddy dia ni , rakan sebaya dia kot ?? 
Aku guna 'cap jari' ! Hahahahaha. Dia terkedu bila phone tu , terbuka dengan sendirinya. Dia tak tau lagi kewujudan fingerprint tu. Kalau tahu, tak tau la nasib jari jemari aku ni.. Hahahaah.. Aku tak nak repair phone yang rosak tu. Biarlah telefon tu rosak.. dari anak aku rosak ! Kalau repair pon nanti, sorok dari dia. Sekolah dah mula.. dia pun dah naik kelas. Kalau tak , nanti aku gak yang menyesal ! 
Hurm... tapi ada 'harganya' la kalau buat gini. Nanti dia nak toys lak ! Hurmm.. aku gak kena beli. Adeh... 

7 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

singgah pagi isnin

dorsett pink berkata... [Reply to comment]

Takpe. Lebih baik dia main toys dari main handphone

Aisya Ismail berkata... [Reply to comment]

better bagi main toys kan? Hihihi

mas saari berkata... [Reply to comment]

Bagus camni, saya pun memang letak password. Pastu anak² memang tak berani nak mintak main handphone mamanya, hehehee!

mamapp berkata... [Reply to comment]

Haha kelakar Pula bila baca. Eagan budak2 ni yg celik it x mcm zaman mama dulu

Mek Zumbie berkata... [Reply to comment]

yes betul tu. Perkembangan anak-anak akan tidak seimbang kalau terlalu main gadget ni. :) Walaupun gadget actually membantu untuk mengawal pergerakan anak-anak kesana kemari, tapi itu semua hanya sewaktu mereka kanak-kanak. Nanti lain jadinya di depan hari hehehe

Abg ben sini sy ada buat GA =)

https://mekzumbie.blogspot.my/2017/07/mek-zumbies-july-preowned-giveaway.html

zakiah ghani berkata... [Reply to comment]

xpe daddy dy byk duit

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI