Khamis, 27 Julai 2017

Bila mereka tidur , aku rasa menyesal sangat kerana..

Semalam punya cerita.. Seharian aku tinggalkan mereka di rumah mak aku. Aku ada kerja nak diuruskan. Petang tu , aku balik bersama wife dan Qhaliff. Aku jemput Qhaliff di tadika dia. Seronok dia bila aku amik. Dia tau.. dia akan duduk minum ngan aku dulu sebelum gi jemput mak dia lak.. heee...
Lepak kat cafe sebelah tadika dia. Saja nak rasa makanan kat situ.. 
Kul 5 petang..gi ke amik wife lak.. Pastu terus ke Cheras. Dan bila sampai je Cheras , Zahra dan Aariz cukup teruja nampak kitorang. Zahra suruh aku dukung dia. Aariz dah mula berderai airmata. Alahai.. siannya. Aku dukung la Zahra jap. Rindu la tuuuu... biasa duduk ngan aku di rumah bertiga. Lama dah aku tak gi merantau hilang dari pandangan mata diorang.. Huhuh...
Lepas Maghrib , bertolak balik ke Sepang. Aku punya penat dan ngantuk jangan cakap la.. Non stop 'bertugas' ! Hurm.. tapi tak baik mengeluh kan ? Huhuh.. Dan di rumah , masing masing tak nak tidur. Nak bermain. Biarkan jap je la.Kul 10 aku 'paksa' semua tidur. Masing masing nak tidur dengan daddy. Mak dia je nak tidur sorang diri.Hahahah... 
Aku tak larat sebenarnya dah. Ada kerja lagi nak diselesaikan. Pening dah kepala. Di whatsapp lagi nak kena balas. Terus aku paksa diorang tidur. Menangis nangis.. Huhuh.. Zahra lak , sebelum tidur tu.. dia tengok tv.. pastu dia datang cium pipi aku, berkali kali. Dia ada la ajak aku layan dia tapi aku dok sibuk dengan handphone. Apa punya spesis daddy daaa ! Tapi aku 'kerja'. Segalanya nak ASAP ! Hurmm... 
Kemudian , dia terlena. Qhaliff pon dah lena. Aariz dah tidur gak ngan mak dia. Automatik rumah jadi sunyi. Boring dah aku. Rindu tetiba gelak tawa diorang. Haihhhhh... Ya Allah , panjangkan la umur anak anak aku. Satu kesilapan yang tak patut dibuat tapi berkali kali terjadi ! Hurmm.. 
Secara jujurnya.. ikut hati aku.... aku nak buang INTERNET ni ! Tapi dengan INTERNET ni la aku cari makan ! 

11 komen :

IQ = Izyan Balqis berkata... [Reply to comment]

bila anak2 dah tidur memang akan rasa macam tu, rasa sunyi.

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

kan ada kelebihan n keburukan

mas saari berkata... [Reply to comment]

Kannnn, pernah jugak rasa camni. Bila anak² tidur rindu gelak mereka, gaduh mereka dan bising mereka. Huhuhuu!

mas saari berkata... [Reply to comment]

Kannnn, pernah jugak rasa camni. Bila anak² tidur rindu gelak mereka, gaduh mereka dan bising mereka. Huhuhuu!

Nik Khazami Nik aziz berkata... [Reply to comment]

bila diorang bising kita pening kepala. bila diorang tidur rndu la pulak

mamapp berkata... [Reply to comment]

alahai sedih pula baca ttg anak2 ben. sayang betul diorg dgn papa diorang. takpelah, nanti satu hati cover balik masa tu utk diorg

Radhia Razali berkata... [Reply to comment]

Ben jangan rasa susah hati...Ben rasa apa yang Ben buat macam memudaratkan, tapi sebenarnya yang tu lagi bagus..macam internetlah..rasa macam jadi hamba internet.. tapi sebenarnya dengan internet Ben dapat cari rezeki yang halal & masa yang dapat diluangakn bersama-sama dengan anak-anak pun lebih banyak.

Nur Zahirah berkata... [Reply to comment]

Anak-anak segalanya. Dengan mereka kita boleh ketawa dan terhibur.

Norliza Nordin berkata... [Reply to comment]

nak buang internet camne nak update blog.. nanti orang nak bace.. hihihi

shazillahsani.com berkata... [Reply to comment]

faham perasaan abg ben...sebab selalu mengalaminya...

dorsett pink berkata... [Reply to comment]

kat umah saya pasang internet tapi tak bagi anak main.. hahahhaa. Kejam kan

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI