Ahad, 23 Julai 2017

Dah la berhutang.. pastu tak nak bayar ! Dah la tak nak bayar , kau blocked pulakk !!!

Hutang oh hutang. Manusia mana yang tak meminjam ? Cer kaboooo.. Hahahaha.. Aku pun berhutang. Beli rumah... beli kereta... beli barang dapur... Bezanya cara berhutang tu je kan ? Ada yang terpaksa berhutang. Ada yang suka suka nak berhutang ! Ada yang dah memang jadi tabiat semulajadi dia... berhutang ! Kalau tak meminjam , dia mengigil ! Haaa.. sampai tahap gitu pun hado wooooo ! Nak lagi best.. sanggup menipu untuk berhutang demi untuk nampak dia orang kaya ! 
Aku pernah dengar ceramah seorang ustaz ni.. Lebih kurang gini je la.. 
Dengar macam kejam je kan ? Tapi banyak betulnya... Lagi pun ianya merujuk kepada spesis YANG TAK MAHU BAYAR HUTANG ! Bayangkan laaaaa.. ada kawan aku ni, dia ni bukanlah kaya mana pun.. cumanya dia rajin la bekerja dan meniaga pada masa yang sama.  Ada la rezeki lebih skit.. kasi la pinjam duit dan pernah beli barang dengannya. Dua isu kat situ ! Dah tu ko nak halalkan je ke ? Bukan puluh ringgit. ratus... ribu nak oiiiii ! Kawan ni bukan la anak sedara Bill Gates kauuuu. Dia pun sendiri ada hutang nak kena jelaskan.. letih la kalau semua nak main halal je ! Tuuu hutang bank , pandai lak mengigil takut tak bayar ! 
Aku pernah kasi gak pinjam duit.. sedekah.. bukan kecik besar isunya. Tapi kita pon tahu gak situasi orang ni. Ada memang dia dah tak berkemampuan sama sekali.. Yer , kita sedekah laa kan ? Tapi ni siap update kat Facebook.. gi makan sini laa.. gi makan sanaa laaa.. beli handphone baru laa.. gi melancong laa... nak beli baju baru laaa.. tapi bila kita mintak hutang kita , dia buat bodoh malah siap blocked kita lagi ! Acaner tu ? Eh , halalkan je laaa.. Ko permudahkan hidup dia .. Allah permudahkan hidup kita.. kata seorang kawan lain. Betul tapi dia akan buat hal dengan insan lain lak! Hurmmm...
Kalau cakap bab hutang ni , fuh.. sampai kiamat tak abis ! Hahahaha.. leh bukak meja dan hidang Kopi Badang laaa.. pastu sambung cerita dan sambung sakit hati ! Hahahaha.. Entah la wak ! Agaknya orang yang berhutang ni , kat akhirat kelak nak berpaut kat kaki orang yang dia berhutang tu kot ? Merayu mintak dihalalkan segala hutang piutangnya.. 
Halal tu ok je.. takda masalah.. tapi kalau berhutang dengan bank , camana ? PTPN ? Haaa... takkan nak dihalalkan jugak ? Adeh..  
Akhir kata.. Mu pandai pinjam , mu pandai la bayar ! Nak hidup senang ? Kita senangkanlah kehidupan orang lain ! InshaAllah senang dan tenang hidup kita.. 

3 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Sedihnya bila nak pinjam tak menyempat nyempat...bila dah dapat senyap...lebih parah bangga tunjuk semua aktiviti riadah santai ke sana ke mari...motif?..kalau mahu meminjam tahu mencari..harapnya pandai juga mencari untuk memulangkan..

mas saari berkata... [Reply to comment]

Sebab tu saya tak suka meminjam dengan orang kalau susah mana pun, takut tak terbayar nanti. Yelah kita bukan tau susah senang kita akan datang. Tapi bab orang meminjam tak reti nak bayar ni memang saya tak sukalah, pandai hutang sendiri mau ingatlah kan?

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Huhh...bila ben timbulkan isu ni teringat juju pada beberapa orang kwn...sanggup nak gadai cincin kahwin sebab nak duit...dia suh minta simpan cincin tu..nanti ada duit baru bayor...

mujur suami bg nasihat. Kalau tak hati kecik ni rasa kesian je...tp sebaliknya kita tak tahu jadi masa depan kan...

abah juju pernah berpesan...dia pernah cakap "Aku bukan tak nak bagi pinjam, cuma aku tak nak hilang kawan aku kemudian hari"

DEEP !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI