Fobia dah aku !

Di rumah... Zahra masih tak serik. Tapi nampak ada sedikit ketakutan atau fobia bermain di lokasi dia jatuh tu.. Hurm.. tapi keaktifan tidak berubah. Menari dan berlari. Kekadang jantung aku macam nak terhenti berdegup bila tengok dia berlari sana sini ! Dah di larang , tak jugak makan !!! 
Hurm... ada cara mudah untuk diorang duduk senyap tapi 'tak direstui' ramai pihak... Camana tu ?
Kasi je handphone kat diorang. Terus duduk baring sebelah kita ! Tapi tak sihat la kan ? Hurmm.. susah la gini ? Serba tak kena kan? Si Qhaliff nak belajar. Si kecik merangkak sana sini. Mengutip satu hal. Si isteri nak mengemas rumah. Aku pun pada masa sama nak uruskan 'kerja' aku atau dapur tak berasap la ! Arghhhh..
Buat jadual ? Hurmm.. atau berenti terus 'kerja' ? Cari kerja lain ???  Hurm... 

11 ulasan:

  1. semoga dipermudahkan
    singgah pagi isnin

    BalasPadam
  2. semoga cepat sembuh Zahra. budak kan, si Lihin pun dah berjahit kepala tak serik. masih berlari lari lagi. mula mula dia macam seriau jugak lah. lama lama dia dh terlupa kisah dia jatuh tu -__-

    BalasPadam
  3. anak2 tengah membesar, ini semua proses diaorang membesar, jangan mudah putus asa abang ben. kena kuat!

    sekali sekala tunjuk video boleh la. selalu tu tak boleh

    BalasPadam
  4. Betul tu, depa bukan kenal erti serik kan? Kita pulak yang risau dan seriau semacam!

    BalasPadam
  5. Berhenti kerja...cari keje lain...rasanya kerjaya ben sekarang sgt sesuai...cuma ujian anak-anak ini lah buat kita kena sentiasa dalam zon SABAR...kena selalu on mode sabar...kalau tak kita sendiri rasa macam kita tak berguna...

    Moga zahra lekas sembuh...anak aktif selalu cepat balik rumah nanti.

    BalasPadam
  6. bertabah la. saya pun ada 2 orang anak. beza setahun 9 bulan. yg sulung lelaki..kalo berjln tak pandang mak bpk dah..waaa..tkt nk bwk g jejalan. kalo kt rmh bergado dgn si kecik yg merangkak n mengutip. dah mcm dbkl dh huhu!

    BalasPadam
  7. didik dan layan anak ikut zaman ...zaman ni zaman teknologi ....kalau gadjet mampu mengawal sedikit kelasakkan anak ...kenapa tidak ....
    tak selamanya diorang begitu ....anak buah aku pun masa kecik gamers ...masuk sekolah menengah hantar tahfiz , skrg dah bergelar alhafiz ...dah sampai mesir pun ....asalkan kita kawal content yg dia tengok sudah ....

    sedangkan youtubers pun kini menjadi kerjaya ....jgn risau apa org kata

    BalasPadam
  8. Semoga dipermudahkan urusan tuan sekeluarga.. Situasi ni pn smua org yg mempunyai anak akan lalui.. Cuma bergantung pada kite untuk mencorakkan hasilnye.. Good job tuan!

    BalasPadam
  9. Abg Qhaliff cepat masuk bilik...belajar dalam bilik...hihihi..insyaAllah tak lama Zahra aktif...semakin besar senakin pandai berfikir nanti...aminn...macam Aariz dunia penerokaannya baru bermula..

    BalasPadam
  10. anak sha si areez ni pun dah xrti duduk diam...haishhhh...sabar jelah... hihihi

    BalasPadam
  11. Budak2 aktif bagus.. kalau bg fon je xpandai bersosial hmmm..sabar kene tinggi dgn budak2 nk membersar ni.teringat masa jg anak buah dulu

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI