Rabu, 12 Julai 2017

Gara-gara nak petrol percuma setahun !

Nissan Serena milik mak aku , nak abis dah 'minyak'.  Nak kena gi isi.. Dalam kepala aku , nak gi ke Petronas memandangkan skang dok ada contest Fuel Frenzy yang mana pemenangnya diumumkan setiap hari ! Haaaa.. 
Terus aku memandu ke stesen Petronas Bandar Tasik Permaisuri. Sementara tunggu kawan aku sampai , aku isi petrol dulu. Hehehe... Masa ni laaa berlaku satu kejadian mengharukan kepala aku. Betul betul punya haruuuu laa aih ! Aku pun tak sangka lebih berlaku pada aku. Huhuh.. 
Aku turun dari kereta , menuju ke bahagian isi petrol. Tiba tiba terdengar sesuatu yang menakutkan setiap pemilik kereta ! Tappppp ! Auto lock !! Kunci kat dalam. Beg duit , handphone... semua kat dalam. Yang ada kat aku , suar dalam je ! Hahahaha.. tak laa... tu kan ayat stendek orang dulu dulu.. 
Aku pening dah. Aku cepat pening ! Cepat kalut kata orang Somalia. Idea idea idea.. meh cepat ! Aku try bukak satu satu pintu.. Tak boleh. Aku tengok cermin kereta. Kecik besar kecik besar jeee menanti untuk aku pecahkan.. Huhuhuh. 
Aku tenangkan diri. Mintak pertolongan Allah. Aku cuba bukak bahagian belakang. Waaaah , boleh laaaaaa  !  Tapi alarm kereta menjerit laa.. Hahaha... Orang kiri kanan aku memandang semacam jer.. Nasib aarrr... Aku terus masuk ikut belakang. Panjat dan merangkak.. Hahahaha.. Yesss... dapat bukak ! Aku marah kat kunci tu. Nape tak cakap kereta ni ada auto lock ! Huhhhh... 
Terus aku sambung niat aku nak menang petrol percuma.. Hahahaha... sambil pegang kunci kereta. 
Muka ada senyum. Kawan aku sampai , kerja terus dibuat.. Siap ! Bertambah lega... Alhamdulillah. Dipermudahkan urusan aku semalam.. Huhu..

13 komen :

PERMATABIRU berkata... [Reply to comment]

FUHH SERAMM WALAUPUN TAK PAKAI AUTO LOCK KDG2 TAKUT JUGA TMBH2 KLU TGL ANK KECIL..#sorrytercapslockmalasnakpadam hihi

Normi Nieza berkata... [Reply to comment]

haha..nasib bonet xlock..kalau sy dah nanges kat ctu..tak thu nak buat apa dah..:)

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Perkara nak berlaku sekelipan mata..alhamdulillah semuanya ok..

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

hehe x cuba tak tahu kan

Aryn Keluarga Hebat Dot Com berkata... [Reply to comment]

Autolock memang menakutkan..

Irna Nurasikin berkata... [Reply to comment]

Nasib la orang ramai kat stesen tu tak tangkap Ben..Kalau tak..naya ja kena tumbuk ngan depa...

IQ = Izyan Balqis berkata... [Reply to comment]

memang kalau kereta autolock gelabah habis dibuatnya. mujur bonet boleh bukak.

mas saari berkata... [Reply to comment]

Bahaya jugak kan kereta autolock ni. Tapi nasib baik bonet boleh bukak, boleh lagi isi petrol. Harap bertuah resit isi petrol untuk kereta tu, hehehee!

Delimasari berkata... [Reply to comment]

alhamdullillah dapat kunci semula yer

Nurul Afifah berkata... [Reply to comment]

HAHAHAHA, nasibla nissan serena, bolehla panjat kot belakangg.

// Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
HERE

Umminani berkata... [Reply to comment]

lain kali jangan tinggalkena kereta mcm tu! Terus lock kereta dn pergi bayar, bahaya kalau org curi2 masuk dlm kereta.. hish!

nadhie wueen berkata... [Reply to comment]

Kereta saye pun sama auto lock. Geram kadang, mujur tak pernah tertinggal kunci.

mamapp berkata... [Reply to comment]

Bahaya juga kereta auto lock ni. Tersenyum mama baca post ni

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI