Pasal 'parking' hilang semangat kejiranan !

by - Selasa, Julai 25, 2017

Hurmm... kekadang aku tertanya gak... satu satu pembangunan dilaksanakan , terutamanya perumahan bertingkat seperti flat , apartmen dan kondominium ni... parking mesti menjadi isu utama ! Macam baru baru ni aku gi beraya umah sepupu aku..... hurmm.. ikutkan aku lemah sungguh nak gi tempat tempat gini , buat masa sekarang !Kena parking di luar kawasan kondo. Pastu parking memang payah nak dapat ! Dah tu , aku kena dukung Zahra atau Aariz ! Zahra memang takkan nak berjalan punya. Kalau berjalan memang akan 'buas' ! Nak aku jugak pegang tangan dia. Stress gak wooo ! Maka , jujur aku katakan... buat masa sekarang memang aku cuba elakkan. Wife tak leh dukung sebab dia masalah di bahagian dalaman selepas lahirkan Qhaliff dan Zahra. 
Tapi aku tak salahkan kawan kawan tu.. aku paham situasi mereka dan mereka perlu paham situasi aku yang terpaksa uruskan 3 orang anak ni. Jangan samakan situasi aku dengan anak orang lain yer.. Dan nak dijadikan isu kali ni ialah masalah parking di kawasan flat kos rendah ni. Zaman aku kecik dulu , nak miliki kereta memang la payah. Satu keluarga satu kereta. Tapi bila anak anak dah berjaya.. bekerja gempak seperti saintis , profesor atau ahli perniagaan berjaya , satu rumah boleh berbuah buah kereta ! Tu tak kisah la.. yang menjadi isunya ialah.. parking ! Huhuhuh.. 
Yang sayang kereta , takut parking luar kawasan ! Kena pecah nanti katanya. Dan memang ada kes pecah kereta pon. Tapi kalau dah parking penuh di dalam kawasan , takkan nak sumbat gak mana mana yang boleh dicelah ! Kalau terlanggar dan calar , sapa nak bertanggungjawab ?
Yang menyedihkan ialah.. bila ada isu gini , maka bergaduh la sesama sendiri ! Yang dulunya berkawan baik.. bergelak ketawa.. tapi dek kerana harta dunia gini , sanggup buang semangat kejiranan ! 
Bagus sayang harta ni tapi beragak agak la.. Jangan la sampai perli memerli.. jegil menjegil... haihhh.. malu laaa ! Kubur dah missed call pon ! 
Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim nabi bersabda:

"Demi Allah, dia tidak beriman, demi Allah dia tidak beriman. Nabi lalu ditanya: "Siapakah dia Ya Rasulullah? Nabi menjawab: "Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya".

Sabdanya lagi: "Tidaklah akan memasuki Syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya" ( Hadis riwayat Muslim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat ( Akhiratt) maka janganlah menyakiti jirannya" (Hadis riwayat Bukhari) 

Hidup la seperti semut.. saling bekerjasama ! 


You May Also Like

3 comments

  1. faham kalau nak jemput tetamu yg ada anak kecil ramai mmg juju tanya dulu...lg satu kecilkan jemputan supaya anak2 tetamu lebih relaks di rumah tetamu...itu bg pendapat juju lah sbb x berapa suka sgt open house sbb x dpt sembang beramah mesra dgn tuan rumah lebih lama.

    BalasPadam
  2. Masalah parking ni memang selalu jadi isu. Kat kawasan perumahan saya pun sama, yang ada kereta 3-4 bijik selamba je parking depan pagar orang kadang tu, hurmmm!

    BalasPadam
  3. Mmg agak sukar kalau bawa anak2 kecil ni. Nak pimpin sorang, nak sulung sorang, nak fokus pada jalanraya takut Ada kereta ke longkang ke.. mmg sukar sekali

    BalasPadam