Aku bakal dapat anak ke 4 ?

by - Selasa, Februari 27, 2018

3 hari.... berturut turut , wife mengadu mual. Selera makan , tiada. Muntah belum lagi. Tapi selera makan tiada. Demam dan batuk mula menyerang. Tu tanda tanda awal sebelum Qhaliff , Zahra dan Aariz muncul dalam hidup aku.

Aku dah terbayangkan rutin kehidupan aku , sepanjang 9 bulan akan datang ! Fuh , berpeluh ketiak aku terutamanya dengan Aariz yang nak cecah 2 tahun tapi dia punya nakal , ya Allahhhhhhh ! Boleh bikin aku bertukar hijau ! Spesis jenis suka memanjat meja dan kerusi ! Berbeza sungguh dengan abang dan kakak dia.

Jika betul 'berisi' , aku perlu susun pelan A dan B. Camana nak uruskan 3 orang anak di kala wife mengandung. Nak tunggu lepas trimester tu.. fuh, kesabaran tahap maksima diperlukan sama sekali. Jika tidak 'berisi' , moga sakitnya itu tidaklah serius...sekadar demam biasa jer..

Pagi tadi... Wife terpaksa MC. Memang dah tak larat dah. Muntah dan sakit kepala. Bau dapur pon tak boleh. Apa ???? Bau dapur  ??? Ok, itu tanda tandanya juga.  Akhirnya , wife buat sendiri pregnancy test..


Wife sengaja tinggalkan di tandas. 

Lepas tengok tu , aku tarik nafas lega. Petang tadi gak gi klinik untuk pemeriksaan lanjut. Ubat diberi. Suntikan juga diambil. Dapat MC dua hari. Ok , laaa.. giliran aku lak jaga anak anak selepas aku cedera di lutut ari tu.. dia yang jaga untuk 2 hari. Huhu... 

Apakah Aariz dah bersedia untuk adiknya ? 

You May Also Like

14 comments

  1. Wahhhh! Tahniah abg bennn.. Anak rezeki allah beri.. Semoga rezeki aben sentiasa murah

    BalasPadam
  2. So keputusan positif ke tidookkk??? Hehehe...

    BalasPadam
  3. Alaaaa penuh tanda tanya ni, hehehee!

    BalasPadam
  4. Moga Kak Zila diberi kesihatan...disembuhkan..aminn..

    BalasPadam
  5. ala keputasan ape abg bennnn penuh dgn teka teki betul

    BalasPadam
  6. Tahniah abg ben....dapat qhalif zahra n aariz adik...

    BalasPadam
  7. Apa keputusan dia?Ben ni bikin org pening kepala la..

    BalasPadam
  8. keputusannya.. next entry pleseeee..

    BalasPadam
  9. ehh dapat anak baru ke tidak nie hehe

    BalasPadam
  10. Mcm lyn drama kahwin paksa rela bersambung...

    BalasPadam
  11. hahahaha...

    belum ada rezeki lagi tu.

    pengalaman jaga anak memang pernah saya rasainya

    BalasPadam