Wife mengandung ? Aku tarik nafas lega..


Minum secawan dulu susu kambing Lazz sebelum mula buat entri ni. Nak kasi tampak segar di kala mata mula mengantuk. Hehehe.. Yang aku minum ni , kurang gula yer. Bagus untuk mereka yang nak jaga kesihatan dan mencari minuman yang bagus untuk diminum pagi dan malam... 

Cicah sekali ngan biskut oat.. Dap oii ! Setiap malam buat gini , kurus ! Klik SINI untuk order !

Ok... dah minum secawan.. boleh sambung cerita. Selepas dia punya tahap muntah tu , yang mana aku berpeluh dahi dan ketiak... tertanya apakah itu alahan kesan dari mengandung ? Atau sekadar demam ? Dia pernah kata.. dia susah nak demam.. tapi kalau dah demam , fuhhhh... dasat ! Haaaa..

Hasil dari ujian pregnancy tu , dia hanya satu line jer ditunjukkan. Dia lega , aku pun lega ! Kenapa lega ? Masing masing belum bersedia untuk anak ke 4 atau ikutkan , kami dah 'tua' untuk menimang anak.  Alhamdulillah , 3 orang dah cukup walaupun tak cukup sebenarnya. 

Selain faktor tua , banyak lagi faktor kena amik berat seperti ekonomi , keadaan politik negara yang mana mampu mempengaruhi pertumbuhan anak anak di masa hadapan. Huhuh.. Serius ! Hahahaha... Yelah , aku pun kerja ... kais pagi makan pagi.. ada job , boleh makan.. Takda job ? Haaa.. Nak kena sekarang ni ekonomi tak tentu.. makhluk asing je kata ok ! Hurmm.. 

Yer... tu bukan isunya ! Macam macam cara boleh cari rezeki. Aku tau. Tapi kita kena ikut kemampuan diri dan aku tak nak anak anak terabai sama sekali ! Aku sibuk cari duit , anak anak tak tentu hala kehidupan mereka. 

Dan malam tadi , dia pun datang period. Nah... lengkap ! Andai Allah beri lagi , kami akan terima. Tidak akan menolak sama sekali. Cuma sekarang ni , Allah tahu.. kami berdua belum bersedia. Aariz dan Zahra pon belum puas bermanja dengan aku.. 

14 ulasan:

  1. hehehe... ada rezeki , alhamdulillah.. setiap apa yg Allah berikan pasti ada kebaikan nya...tak hari ini , mungkin esok.. smoga ben skeluarga di murahkan rezeki selalu..

    BalasPadam
  2. Haaa dah terjawab, hehehee! Tapi betul, dengan ekonomi sekarang kena merancang betul² bab nak tambah anak ni. Bukan tolak rezeki tapi ikut kemampuan kita.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tak ada penyakit yang serius...itu yang paling utama...

    BalasPadam
  4. Tu yg pelik kenapa semua krang dok tahniah sedangkan satu line je..😅

    BalasPadam
  5. Hehe.. Ingatkan ada yg ke4 tadi😁

    BalasPadam
  6. Saya sorang ank pun terasa ekonomi dunia. 4 ank peh hebat tu.

    BalasPadam
  7. Semoga sihat selalu seluruh keluarga ben ye...lazz tu mmg sedap lg2 kalau kopi weeeee

    BalasPadam
  8. sedapnya susu lazz! hehehe. takpe. bukan rezeki nak tambah sorang lagi anak kan :D doakan azah pulak cepat2 dapat baby. hehe

    BalasPadam
  9. hehe.. amboi lega bila dh period. ingat mmg planning nak no 4.

    BalasPadam
  10. lahhhh... baru je baca artikel ni ya. haahaha.. sorry,tak terkejar update.Pape pun.. moga cepat sembuh wife aben.

    BalasPadam
  11. bila memikirkan keadaan ekonomi dan perbelanjaan sekeluarga..memang dah cukup dengan anak tiga,,,tapi tidak akan tolak sekiranya diberikan lagi untuk menimang anak.

    BalasPadam
  12. Kalau baca tajuk jer, memang betul2 ingat Kak Zila pregnant lagi. hihi

    BalasPadam
  13. takpe blum rezeki lg tu...insyaallah..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.