Berbuka puasa di Coffee House , Sunway Putra Kuala Lumpur

by - Isnin, Mac 19, 2018

Ramadan bakal muncul tidak lama lagi. Ramai dah mula berkira kira mencari tempat untuk berbuka puasa beramai ramai , terutamanya. Meriah gitu kan ? Sesekali berbuka dengan kawan pejabat , kawan sekolah atau dengan sesiapa sekali pun laa... pasti meriah makan bersama sama , kan ? 

Ok.. Bagi mereka yang berada sekitar Kuala Lumpur , bolehlah cuba berbuka di Sunway Putra Kuala Lumpur. Dengan harga RM128 sekepala bagi orang dewasa manakala setengah harga bagi warga emas serta kanak-kanak , pastinya juadah yang dihidangkan akan memberi kepuasan setelah penat berpuasa seharian.. 

Antara yang menarik ialah masakan tempatan  seperti pelbagai jenis kerabu , rojak buah , tauhu sumbat , salad , pecal , ulaman , sup gear box ,pelbagai jenis ikan bakar dan makanan laut , kambing golek , laksa , ikan patin masak tempoyak , pelbagai kuih muih serta masakan barat serta masakan Jepun. Menariknya , setiap menu adalah berbeza mengikut hari hari ! Haaaa.. Ada 5 menu yang pastinya memberi kepuasan yang tidak berbelah bagi. Huhuh.. 

Segala hidangan diuruskan oleh Chef Rossham Rosli yang mana telah berpengalaman dalam bidang ini selama 25 tahun ! Dia dan anak anak buahnya mengambil masa hampir sebulan membuat perancangan bagi buffet Ramadan kali ni. 










Amacam ? Menyelerakan ? Heeee.. Ianya akan bermula pada 19hb Mei 2018 sehingga 4hb Jun 2018. Untuk tempahan , boleh hubungi +03 4040 9888 atau email ke spkl.ch@sunwayhotels.com .

You May Also Like

11 comments

  1. Enaknya semua...ish2 sedap2 belaka haaa...tempat pun romantik!

    BalasPadam
  2. RM128? Bila dah pergi kena makan sampai puas tu . kalau tak rugi lah kan. hehe

    BalasPadam
  3. Hampir Ramadhan dah..sekejap saja. Seronok dpt buka puasa ramai² nanti.

    BalasPadam
  4. Best juga menu berbuka kat sini. Tapi rm128? Kena makan sampai puas. Jangan membazir. 😊

    BalasPadam
  5. baloi makan harga macam nii,
    rugi kalau makan sikit. hehehhe

    BalasPadam
  6. wah menyelerakan sungguh nau menu tu

    BalasPadam
  7. Sedapnya tgk kuih lapis tu... lama rasa. Ni kalau pergi mmg kene makan puas2 ni

    BalasPadam
  8. semua menu best best.. puashati la,beebuka kat sini. Kambing golek tu kita aim awal2..hahaha.

    BalasPadam
  9. Aduiii.. tak tahan tengok ni, rasa nak ngap ja semua buka posa satgi. huhu dah la posa arini.

    BalasPadam
  10. Nak Ramadhan je memang meriah hotel² dengan menu buka puasa, best betul!

    BalasPadam