Ramadan bakal muncul tidak lama lagi. Ramai dah mula berkira kira mencari tempat untuk berbuka puasa beramai ramai , terutamanya. Meriah gitu kan ? Sesekali berbuka dengan kawan pejabat , kawan sekolah atau dengan sesiapa sekali pun laa... pasti meriah makan bersama sama , kan ?
Ok.. Bagi mereka yang berada sekitar Kuala Lumpur , bolehlah cuba berbuka di Sunway Putra Kuala Lumpur. Dengan harga RM128 sekepala bagi orang dewasa manakala setengah harga bagi warga emas serta kanak-kanak , pastinya juadah yang dihidangkan akan memberi kepuasan setelah penat berpuasa seharian..
Antara yang menarik ialah masakan tempatan seperti pelbagai jenis kerabu , rojak buah , tauhu sumbat , salad , pecal , ulaman , sup gear box ,pelbagai jenis ikan bakar dan makanan laut , kambing golek , laksa , ikan patin masak tempoyak , pelbagai kuih muih serta masakan barat serta masakan Jepun. Menariknya , setiap menu adalah berbeza mengikut hari hari ! Haaaa.. Ada 5 menu yang pastinya memberi kepuasan yang tidak berbelah bagi. Huhuh..
Segala hidangan diuruskan oleh Chef Rossham Rosli yang mana telah berpengalaman dalam bidang ini selama 25 tahun ! Dia dan anak anak buahnya mengambil masa hampir sebulan membuat perancangan bagi buffet Ramadan kali ni.
Amacam ? Menyelerakan ? Heeee.. Ianya akan bermula pada 19hb Mei 2018 sehingga 4hb Jun 2018. Untuk tempahan , boleh hubungi +03 4040 9888 atau email ke spkl.ch@sunwayhotels.com .