Tercari cermin mata murah di raya ? Hee.. guna masa open house nanti !

by - Isnin, Jun 03, 2019


Lama punya... ghaib tanpa dapat dikesan di dalam kereta ! Best memandu pakai spek Ray Ban ni. Bingkai dia sedap dan selesa. Kanta tu bukan lagi Rayban dah sebab dah tukar guna yang ada power. Sebelum sebelum ni , jika aku pergi ke kedai cermin mata yang berjenama , jika nak buat begini..jangan mimpi laa ! Mahal giler weh. Pastu ada yang kata tak boleh buat. Susah ! Terkilan jugak aku. Teringat masa aku kecil dulu, arwah ayah aku suka buat spek gini.. dia amik bingkai Nikon. Memang cun la bila memandu. Kelihatan kacak melihat diri sendiri. Hahahha... Bukan dambakan pujian anak dara tau ! 

Maka aku plan nak buat satu lagi sebelum pulang berhari raya.. Perjalanan jauh yang tidak menentu cuaca membuatkan aku sekali lagi terpaksa amik cermin mata gelap ni. Cuma aku tak nak la gelap sangat. Nak yang boleh memandu dalam keadaan hujan dan gelap sedikit. 

Dan pilihan kedai cermin mata aku tetap di Sungei Wang Plaza. Terus ke kedai pilihan aku. Tak nak gi kedai lain. Nanti kena cekik darah ! Hahaha.. situ , senang kaw tim ! Dan aku pergi tempah hari Khamis petang. Sabtu tengahari siap dah wei ! Hahahaa.. Biasanya kan , seminggu dua baru siap. Dulu bingai skit aku. Kena kencing kaw kaw jer. Katanya kena tunggu cermin dari luar negara la.. tapi bila pakai.. sama jer pun ! 

Sabtu lepas dah dapat spek RayBan baru ! Dia kasi cermin cun punya. Tone warna gitu. Jika aku tunduk sedikit , akan cerah seperti biasa.. dibahagian atas gelap. Jika aku tegak, maka permandangan aku seperti waktu senja gitu.. Haaaa... ok laaa kan ?



Kanta ada power.

Sabtu tu... aku buat spek untuk wife jugak. Dia nak guna ketika meeting atau buat presentation. Katanya tak nampak bila nak tengok slide powerpoint. Silau. Maka dia amik kanta yang anti silau. , Alpha 420 Lens. Murah jer. Kanta tu tambah RM60 jer. Bingkai pun dalam RM100+ jer. 

Siap dalam masa 30 minit je ! Ingatkan lepas raya nak amik. Hahaha.. Rezeki wife aku. Dapat la guna balik raya nanti. 




Heee.. Baru syok berhari raya ! Kan kan ? Semalam memandu pulang... dari KL sampai Kelantan , aku tak bukak spek ni. Permandangan terang jer.. Maklumlah , abam kan rabun. Bila cuaca terik , pakai spek gelap ni .. tertapis la skit. Dan kurang keletihan mata tu. 

Kalau korang belum balik raya , atau nak tempah selepas raya , nah... terus je ke kedai cermin mata yang aku kata tu.. dan cari big boss.. Jun. 


Rujukan entri lepas :  Kanta Alpha dan Cermin Mata Gelap 

You May Also Like

3 comments

  1. Eeee tak sabo aku...nengok Zila pakai tu, kan aku kata kalau pakai Ray Ban, tudung tepi tak kembang, sebab tu suka beli Ray Ban..cuma belum pernah ada yang cermin gelap macam ko tu ada power...huhuhu

    Nak buat gak macam ko...!

    BalasPadam
  2. wow! ensemnya, macam nak ngorat anak dara je tuh? hehe selamat hari raya abang ben.

    BalasPadam