Antara bos marah dengan arahan cuti sekolah !

by - Rabu, September 18, 2019

Arahan minit minit terakhir , sekolah ditutup ! Bacaan IPU melebihi 200 menandakan udara di daerah itu tidak sihat. Tapi pelik masih ada yang dok beriadah di kawasan terbuka. Tak kisah la.. masing masing punya paru paru. Hurm.. 

Bacaan IPU di tempat aku pagi ni , Sepang menghampiri 200 . Nilai , bandar berdekatan dah lebih 200. Begitu juga dengan Putrajaya yang dah pun mengumumkan cuti buat semua sekolah di Putrajaya , pagi ni.

Dan ada ibu bapa yang kurang berpuashati ! Kenapa ? Sebab anak anak tak tau nak letak kat mana ! Sapa nak jaga anak anak ? Kalau yang kerja gomen tu, leh la bawak ke pejabat. Ada boss baik hati beri kelonggaran. Yang kerja swasta , mati kutu ! Kalau cuti banyak... ok la. Kalau cuti , tinggal hujung hujung nyawa ??? Hurmm..

Ada satu mesej yang viral di Whatsapp.. 

" Isu jerebu ni kalut juga netizen bila KPM mula umumkan sebahagian sekolah ditutup semalam. Banyak sangat komen mengadu,

"Sekolah saya dekat je dengan sekolah yang ditutup. Kenapa tak tutup juga?"

"Yb, di sini teruk sangat jerebu. Sakit tekak, berair mata dan mula batuk-batuk. Bau asap sangat kuat. Tolong tutup sekolah anak kami juga."

Kawan-kawan. KPM dah keluarkan pekeliling lama dah pasal jerebu. Dari dua minggu sudah lagi pekeliling tentang jerebu dikeluarkan.  Tidak boleh suka suki tutup sekolah jika bacaan IPU tidak mencecah 200. Jika pada kita dah teruk, kena rujuk bacaan IPU juga.

Ada yang bacaan IPU belum cecah 200 namun JPN memutuskan nak tutup sekolah di sebahagian tempat kerana trend dan jangkaan IPU akan terus meningkat. Ada yang bacaan setinggi 190 pun tidak diumumkan cuti kerana trend bacaan IPU menurun dan dijangka lebih baik keesokan harinya.

Jadual bacaan IPU dan jangkaan untuk setiap jam boleh dilihat di sini :

http://apims.doe.gov.my/public_v2/api_table.html

LEBIH PENTING, jika pada kita cuaca teruk hingga boleh menjejaskan kesihatan anak-anak, cutikan sahaja anak kita walau KPM tak umumkan pun cuti di sekolah anak kalian. Buat satu surat makluman ringkas tulisan tangan pun sekolah terima tentang ketidakhadiran anak akibat jerebu. Pihak sekolah pasti faham.

TIDAK PERLU pun sebenarnya tunggu pengumuman dari KPM tutup baru kita nak cutikan anak-anak kita. Tambah-tambah jika anak kita ada penyakit asthma, pernafasan, paru-paru dan seumpamanya. "

Zahra , anak aku tu... dia pernah ada kes dengan paru paru. Andai sekolah atau tadika buka pun tapi udara tidak sihat , memang aku  tak kasi dia gi sekolah gak la ! Bawak bawak berkurung dalam rumah ! Kang sakit , jenuh lagi. Masa tu cuti bukan sehari dua dah.. Tu pun kalau tak masuk wad.. Dia kena ari tu, seminggu gak la kena cuti ! Haa.. Nasib baik aku memang dah 'cuti forever ' !


Fikir fikirkan kesihatan buat semua.. Semoga Allah lindungi kita semua. Banyakkan berdoa agar musibah ini cepat berakhir.

Oh ya.. kalau dah tau berjerebu , sama  sama la kita kurangkan lagi asap kotor di udara tu yer. Kurangkan merokok , vape , asap kenderaan.. tak perlu memandu keluar andai tidak penting. Kot la nak merayau sana sini atau nak gi merempit tu.. ek ?

You May Also Like

1 comments