Bercuti di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands.

by - Selasa, September 10, 2019

Beberapa minggu ni, cuti agak panjang. Tapi nak pergi jauh , takut tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas. Anak anak pun ajak lepak hotel. Pilihan ? Walaupun rumah aku dekat ngan Port Dickson tapi aku rasa nak bersuasana sejuk. Rindu lak kat Jepun ketika ni. Dah nak masuk Autumn. Mesti cantik giler. 

Genting atau Cameron ? Hurmm... Genting je la. Cameron , aku tak nak ! Sebab ? Sesak giler sana. Nak bergerak 1km pun makan lebih 10 minit. Baik gi rehat kat Swiss-Garden Hotel & Residences. Hotel yang serba serbi baru dan baru je dirasmikan pada 2hb September lalu oleh Menteri Besar Pahang. 

Kalau korang perasan kan , hotel ni berbentuk WindMill atau kincir angin dari atas. Haa.. satu rekaan yang cukup cantik. Sayangnya aku takda dron. Kalau ada, nahhh.. boleh amik gambar cantik cantik dari bahagian atas. 



Dari Sepang nak ke hotel tu, dalam 81km jer. Tak jauh mana pun. Nak jammed pun , sekadar di tol Gombak.  Tu pun sekejap sebab ramai guna Touch N Go. Kalau guna Smart Tag dan MyRFID tu , laju je lepas ! 

Ok... naik Genting. Kali terakhir aku naik , beberapa tahun lepas. Ketika Zahra masih bayi. Dan pastikan kereta korang dalam keadaan terbaik untuk naik Genting ni. Bukan apaaa... banyak aku nampak kereta tersadai di tepi jalan ! Aku sendiri pun berdoa agar lepas naik ! Hahahaha.. Kena pakai gear rendah jer.. Merangkak naik dengan Bezza ! Hahahah.. 

Dan nasib baik lepas naik! Takda masalah dengan tempat letak kereta di sini. Pengawal keselamatan pun ramai jer dan mesra tetamu. Dengan segera aku check in , dan dapat bilik dah. Deluxe gitu. Ada 4 pilihan bilik iaitu Deluxe Room , 1-Bedroom Suite , Executive 2-Bedroom dan Premier 2-Bedroom. Harga sekarang semua dalam promosi lagi. Boleh check di web Swiss Garden

Deluxe Room







Fasiliti di Swiss-Garden Hotel & Residences , Genting Highland


View di hotel ni memang mengagumkan. Cukup mengagumkan terutamanya dari tingkat atas sekali.. Fuh , memang cantik untuk bergambar dan juga untuk bersantai..berenang dan bersenam di gym ! Ketika matahari terbenam dan juga terbit. Aku sempat naik ke gym selepas subuh dan menikmati permandangan yang cukup mengagumkan ! Dan petang hari , bermain air di kolam. Seronok anak anak ! 


Aksi ni saja je dibuat. Jangan korang tiru lak! Kang pak guard halau turun lak. Haha..
















The Garden Terrace Restaurant


Ala Carte' . Banyak pilihan makanan tempatan yang kena dengan tekak aku. Segalanya menyelerakan tekak aku. Dan paling aku suka ialah minuman minuman buahan yang ada dalam menu tu ! Fuh , menyihatkan betul. Suka suka suka ! 







Kalau tak nak makan dalam ni , korang boleh turun bawah dan ke barisan kedai kedai di sebelah hotel ni. Hehehe.. Kalau berdua dan dengan kawan kawan , memang syok laa.. Malam malam , dengan sejuknya.. turun jalan jalan. Hehehe..

Semalam , tak cukup sebenarnya semalam kat sini. Tak sempat nak pusing kawasan berhampiran. InshaAllah , aku dan keluarga aku akan kembali di sini. Diorang pun suka sangat terutama part kolam mandi tu. Huhu.. 

You May Also Like

14 comments

  1. Macam menarik je nak masuk dalam wish list ujung tahun

    BalasPadam
  2. Bestnya! Kolam luas gitu puas laa budak budak nak berkubang hehe

    BalasPadam
  3. aahlah swiss garden genting .. dalam list la lepas ni. swimming pool dia win kot.. cantik dan bersih.

    BalasPadam
  4. Wah swiss garden baru yer ni, last month g swiss garden beach resort kuantan, nnt nak bawa anak2 holiday lay swiss garden Genting Highland pulak lah. cam best jer hotel baru ni

    BalasPadam
  5. Nice... Ada plan nak naik genting, mgkin boleh pilih hotel ni.

    BalasPadam
  6. uishhh tingginyer ben pergi bercuti. mesti best kan.

    BalasPadam
  7. bestnya.Banyak swimming pool kt sini. Bole masuk dlm wishlist. Terfikir gak hotel kat genting hgland ni mana lagi ada.

    BalasPadam
  8. Wahh.. Bestnya.. Sesekali bershort vacay dengan family syok jugak kan.. Tak payah pegi jauh jauah.. Dapat pegi ke Swiss Garden Genting ni pun dah menarik..

    BalasPadam
  9. fuh...bestnya ada tempat sejuk kat sana tu...hehehehe

    BalasPadam
  10. Ahaa...nampaknya saya x salah pilih hotel. Dah booked utk stay situ weekend ni...tazabarr rasanya..

    BalasPadam
  11. Tak sejuk ke pool dia kat puncak tu? Huhu. Macam best sangat ni hotel baru, semua pun baru. Boleh try tidur 1 malam ni.

    BalasPadam
  12. best giler..ni yang nak menginap ni...

    BalasPadam