Cosmoderm Eye Treatment Gel untuk masalah lingkaran gelap bawah mata !

by - Selasa, September 17, 2019


Bila tengok cermin , nampak gelap bawah mata tu. Adehh... macam orang sakit punya ada , kan ! Walhal , sihat je kan ? Heheheh.. Jadi apakah masalah sebenarnya mereka yang punya lingkaran gelap bawah mata atau dikenali sebagai eyes bag  ni ? 

Ok .. Untuk pengetahuan aku dan juga korang , terdapat 5 punca utama lingkaran hitam bawah mata (eye bag) ini  boleh terjadi. Ianya  akan terjadi apabila korang kekurangan darah atau kurang tidur, maka muka korang akan kelihatan pucat dan muncullah lingkaran gelap di sekeliling mata. Oh ya , faktor keturunan juga dapat menyebabkan timbulnya lingkaran hitam. Berikut adalah beberapa punca mengapa lingkaran hitam di bawah mata boleh terjadi:
  • Keturunan- Ketipisan kulit di sekitar mata berbeza pada setiap orang, biasanya hal ini disebabkan kerana keturunan. Semakin tipis kulit seseorang, maka semakin nampak jelas bayang-bayang hitam di bawah mata.
  • Alergi- Akibat mata yang gatal kerana alergi, orang akan cenderung menggosok kulit di sekitar mata. Hal ini akan membuat darah memenuhi pembuluh-pembuluh di bawah mata, yang akan membuatnya nampak gelap. Beberapa alergi pada makanan juga menyebabkan lingkaran hitam ini. Pencegahan terhadap alergi dan membiasakan diri tidak menggosok mata perlu diingat untuk Anda yang memiliki alergi pada mata.
  • Keletihan- Kurang tidur atau keletihan yang berlebihan akan membuat mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Rehat dan tidur yang cukup adalah penyelesaian yang paling baik.
  • Usia- Seiring dengan bertambahnya usia, kulit akan kehilangan kolagen yang membuatnya menjadi lebih tipis dan tembus pandang. Dengan demikian bayang-bayang gelap akan semakin nampak. Perawatan untuk meremajakan kulit akan mengurangi lingkaran hitam yang muncul akibat usia.
  • Anemia- Kekurangan zat besi yang merupakan masalah paling umum dari anemia, juga boleh menyebabkan bayang-bayang hitam ini. Pada masa kehamilan dan menstruasi kulit akan menjadi lebih pucat kerana kekurangan asupan zat besi dan hal ini menyebabkan pembuluh-pembuluh darah di bawah mata lebih jelas terlihat sebagai bayang-bayang hitam. Pengambilan suplement zat besi atau penambah darah akan mengatasi masalah ini.

Ok... ni beberapa tips untuk hilangkan lebam bawah mata yang kelihatan, korang boleh amalkan :

1. Banyakkan meminum air suam terutama jika korang aktif melakukan beraktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.

2. Makan sayur-sayuran hijau  dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.

3. Gunakan timun atau tomato untuk  tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.

4. Gunakan krim pelembap khas untuk lingkaran mata Krim pelembap boleh membantu melembap dan menghilangkan lingkaran gelap di bahagian bawah mata. Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara.

Haaaa.. krim pelembab khas ? Nahh.. aku cadangkan gunakan Cosmoderm Eye Treament Gel ni ! Mudah sangat pun. Aku ngan wife guna sebelum ni. Maklumlah , tak cukup tidur dek kerana jaga si kecil tu. Alhamdulillah ,ada perubahan. 

Untuk pengetahuan korang , gel mata dari Cosmoderm ni diperkaya dengan Koenzim Q10, Vitamin A dan juga ekstrak tumbuhan yang bertujuan untuk mencerahkan lingkaran bawah gelap, mata bengkak dan garis halus. 


Cara guna yang cukup mudah.

Kelebihan Cosmoderm Eye Treatment Gel : 
  • Menyamankan dan menyegarkan kulit sekitar mata
  • Menganjalkan kulit dan mengurangkan lingkaran gelap 
  • Licin, tidak berminyak dan mudah diserap untuk melembapkan lapisan epidermis kulit
  • Menggalakkan pengaliran darah keliling mata untuk elakkan bengkak dan lingkaran gelap
Sesuai untuk lelaki dan wanita peringkat remaja dan dewasa tau ! Korang boleh belikan untuk pasangan korang atau kawan kawan yang ada masalah eye bag ni ! Sian kalau biarkan. Macam tak terurus orangnya.


Video : Cara guna
Sapukan di bahagian bawah mata dengan urutan yang lembut. Untuk kegunaan waktu pagi dan malam.


Dapatkan Cosmoderm Eye Treatment Gel di farmasi farmasi terpilih dan juga boleh beli secara online di www.cosmoderm.com.my.

You May Also Like

4 comments