Jerebu punya pasal.Nak hantar anak ke sekolah atau tidak ? - BEN ASHAARI

Jerebu punya pasal.Nak hantar anak ke sekolah atau tidak ?

" Camana bang ? Nak hantar Qhaliff sekolah tak ?" tanya wife. Tadika Zahra dah pun diarah cuti hari ni. Sekolah di daerah Sepang , sebanyak 23 buah dah diarahkan begitu juga. Putrajaya pun. Cuma sekolah Qhaliff tak tersenarai dalam perintah cuti tersebut.

Hurm... Aku rujuk aplikasi Air Visual untuk mengetahui catatan IPU terkini di daerah Sepang.


173 ! Ketika aku bangun subuh tadi, 171. Maknanya naik. Jangkaan pada jam 11 nanti akan cecah 200. Hurm... masalah Qhaliff ni , dia mudah dapat batuk dan selsema. Topeng muka jerebu , takda pulak untuk dia.

Camana eh ? Wife tengok aku.. aku tengok dia ! Keputusan dibuat. Qhaliff pasti kecewa sebab masih gagal menunjuk beg barunya di sekolah ! Hehee.. Minggu lepas, cuti UPSR. Bersemangat nak pergi sekolah sebab dapat beg baru.

Berikut antara langkah langkah kesihatan perlu diambil ketika jerebu ni :

1) Pastikan anda minum air masak/kosong dalam kuantiti yg banyak. Sebaik-baiknya tidak kurang dari 3liter sehari.

2) Kurangkan aktiviti di luar. Jika terpaksa ke kedai membeli sesuatu, mininumkan masa memilih barangan. Selesaikan pembelian dengan segera.

3) Gunakan topeng muka apabila berada di luar. Pilih topeng muka yg benar-benar membantu menapis udara.

4) Sediakan/masaklah makanan sendiri di rumah. Ia pasti lebih bersih & selamat.

5) Tutup semua pintu & tingkap ketika berada di rumah. Seeloknya pasangkan pendingin hawa (air-cond). Tetapkan suhu pada suhu bilik iaitu antara 24-27darjah celcius bagi tujuan pengudaraan dalam rumah yg lebih sihat.


Jika korang atau anak anak mempunyai tanda tanda begini , segera berjumpa dengan doktor ! :

  1. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
  2. Terasa sukar untuk bernafas
  3. Mata Terasa pedih & berair
  4. Hidung berair dan kerap bersin
  5. Kulit badan terasa gatal-gatal
  6. Terasa sakit dada
Sama sama kita doakan agar masalah jerebu ini segera berakhir !


Rindu nak tengok langit membiru dan sedut udara segar ! Rasa nak menangis melihat keadaan sekarang ni. Dek kerana tangan tangan manusia haloba , kita menerima kesannya. Hurm..



4 ulasan:

  1. Terima kasih share tips semasa jerebu.. Dapat minum sa liter jah huhu

    BalasPadam
  2. Hari ni i tak bagi si kembar pi sek, risau sbb diorang ada asma. Cikgu pun kata ok, faham org yg ada asma ni risiko nya lebih time jerebu ni kan.

    BalasPadam
  3. Betul. Rindu nak tengok birunya langit.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.