Sambal belacan Nasi Manggey Mek Sari power ? Biar betul ???

by - Rabu, September 11, 2019

" Ben, you sudah cuba Nasi Manggey Mek Sari di Sunway Mentari tu ? " tanya kawan aku. Sejujurnya, Subang , Shah Alam , Petaling Jaya dan kawasan seangkatannya di sana , aku tak gemar nak pergi. Menakutkan ! 

Tapi !! Tapi bila ada kawan yang aku percaya rekemen tempat makan menarik dan berbaloi untuk diterokai, aku rasa aku patut cuba ! Mana tau memang sedap kan ? Boleh aku ceritakan dalam blog. Ada gak intipati menarik untuk blog aku gak kan ? 

Dia punya hantar gambar melalui whatsapp kepada aku. Menarik ! Ramai pelanggan walaupun baru buka beberapa minggu je. 



Ok.. hari ni, dek kerana wife aku pun terpaksa cuti kerana Zahra demam dengan tiba-tiba.. maka aku ajak la semua makan tengahari kat sana ! Kena pergi sebelum waktu tengahari. Takut ramai orang !!! Huhuhu.. Gi makan je pastu balik la. Diorang pun ajak keluar. Boring duduk rumah. 

Dari Sepang nak ke Sunway Mentari , cuma amik masa dalam 50 minit jer. Guna Waze dan search Nasi Manggey Mek Sari. Bertolak dalam jam 11.45 macam tu. Sampai dan dapat parking berhampiran restoran , dalam jam 12.50. Parking kena bayar yer. Guna kupon.  Bagus parking kena bayar. Banyak tempat boleh parking. Rakyat Malaysia suka parking free.. Hehehe.. Jangan kecam lak ! Betul la kan ? Haa..


Original Terangganu mari ! Bukan aku tapi restoran ni haa  !

Masuk dan order..

Nasi Manggey 4 , keropok keping , keropok lekor , air kepala dan macam macam lagi ! Huhuh...Menyelerakan la pulak bila aku tengok pelanggan lain dalam restoran ni makan dengan begitu berselera. Huhuh.. 

Ok.. ni tips.. layan nasi manggey bersama air kelapa. Pastu sambal belacan kasi banyak ! Pedas pedas tapi sedap kau ! Hahaha... Oh ya , keropok lekor dia lembut ! Tak liat ! Sedap je makan. Hehe.. nasib baik aku dah mula jaga makan ! Kalau takkkkk.. kalau takkk... 










Tandas bersih ! 




Amacam ? Tergoda kan ?? Aku sendiri pun tapau bawak balik. Orang kata kalau makanan yang kita tapau tu sedap makan di rumah , maka memang sedap la makanan kat situ ! Hahahha.. orang kata laaa.. aku pun nak try gak.

Ok ok... nak pergi ? Kat mana ? Alamat ? Terliur dah la tu. Hahaha.. Ok ok, aku kasi infomasi berkenaan Nasi Manggey Mek Sari ni eh.. Tadi kerap tersasul Siti. Hahaha.. Nasib bini tak tanya.. Siti manaaaa  ! Lalalaaa.. 

Berapa bintang ? Entah la.. aku makan sampai meleleh air hidung ! Hahaha.. Sedap sangat la tuuu!

Alamat : 27, Jalan PJS 8/18 Sunway Mentari , Petaling Jaya, Malaysia
No tel : 011-1788 4017
Facebook : https://www.facebook.com/TerengganuMEKSARI/
Masa perniagaan : 11 pagi - 11 malam

You May Also Like

13 comments

  1. Macam best je nasi manggey dia tu..... Nanti nak gi try... Takde la jauh dari umah org...

    BalasPadam
  2. memang best la tu, kalo makan smpaikan meleleh air hidung. Sama mcm suami.. hihi. Menyelerakan nampak hidangan. Keropok memang wajib order kalo mkn nasi.ehehe..lagi berselera.

    BalasPadam
  3. Aduiiii sedapnyaaaa. Tekak kelantan niii. Ni cawangan yang sama kat bangi tu ke? Tengok lauk and gaya macam sama

    BalasPadam
  4. Wahhh menarik ni. Lama jg xmakan. Kena pergi JJCM ni

    BalasPadam
  5. First time dengar nasi manggey. Vanggey tau la. Dari terengganu rupenye. Rasa macam nasi minyak ke?

    BalasPadam
  6. Adoiii bab makan lagi..ni nak.kena.cuba ni

    BalasPadam
  7. Aduhhhhb terliurnya tgk... br tau nasi manggey tu terengganu mari

    BalasPadam
  8. pergh penuh tu..nampak sedap..boleh cuba

    BalasPadam
  9. nasi manggey ini terliur tgk part sambal belacan tu fuhhh sedapp tu

    BalasPadam
  10. Tak pernah makan lagi Nasi Manggey ni, nanti nak cuba jugaklah.

    BalasPadam
  11. Sejujurnya, Subang , Shah Alam , Petaling Jaya dan kawasan seangkatannya di sana , aku tak gemar nak pergi. Menakutkan ! Menakutkan kerana jalan jem, susah parking atau mahal?

    BalasPadam